Thursday, June 21, 2012

PROMOSI & JUALAN - PROMOSI KRAF MALAYSIA

PROMOSI KRAF MALAYSIA 2012 - KUCHING WATERFRONT




Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak sedang menganjurkan Promosi Kraf Malaysia 2012 - Kuching yang bermula pada 22 Jun sehingga 1 Julai 2012. Promosi Kraf Malaysia ini diadakan di Kuching Waterfront, Kuching, Sarawak bermula dari jam 09.30 Pagi hingga 10.30 malam. Promosi yang bertemakan 'Kraf Penjana Ekonomi Rakyat' ini melibatkan penyertaan seramai lebih 70 penyertaan usahawan yang terdiri dari bidang kraf tekstil, logam hasil tanah, hasil rimba, aneka kraf dan jualan makanan . Orang ramai adalah dijemput hadir bagi memeriahkan lagi Promosi Kraf Malaysia 2012 di Kuching Waterfront.

Wednesday, June 20, 2012

LAWATAN RASMI KETUA PENGARAH KE SARAWAK

Khamis, 14 Jun 2012 : YBhg. Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Encik Mohd. Kamil Mohd. Ali telah mengadakan lawatan rasmi ke Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak. Turut serta di dalam lawatan ini adalah Pengarah Bahagian Rekaan Ibu Pejabat Encik Yusak Hj. Mahmud dan Pengarah Bahagian Usahawan Ibu Pejabat Encik Ibrahim Ismail serta Encik Mohd. Fazil Zakaria

Lawatan ini adalah merupakan siri lawatan pemantauan yang dilakukan oleh Ybhg. Ketua Pengarah ke cawangan-cawangan.

Kesempatan ini juga telah memberi peluang kepada semua anggota kerja yang hadir bersama mendengar taklimat serta saranan YBhg. Ketua Pengarah di dalam pencapaian prestasi yang telah dilakukan oleh cawangan.
Mesyuarat pemantauan

Penyampaian cenderamata kepada Puan Hasiah Hj. Hashim

Lawatan ke bengkel Inkubator