Monday, June 27, 2016

WARNA WARNI AIDILFITRI 2016 DI KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR


JOM BERAMAI-RAMAI MENGUNJUNGI PROMOSI WARNA-WARNI AIDILFITRI 2016 YANG SEDANG BERLANGSUNG DI KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR...

PELBAGAI JUALAN KRAF DAN PERKHIDMATAN AIDILFITRI DISEDIAKAN KEPADA PARA PENGUNJUNG YANG HADIR...

AKTIVITI-AKTIVITI YANG LAIN JUGA DISEDIAKAN SEPERTI DEMONTRASI KRAF DAN MASAKAN, PERTANDINGAN BERTEMAKAN AIDILFITRI DAN SEBAGAINYA...

Tuesday, June 21, 2016

PROMOSI KRAF MALAYSIA 2016 - PUSAT BELI BELAH BINTANG MEGAMALL, MIRI


Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak dengan kerjasama pihak pengurusan pusat beli-belah Bintang Megamall telah mengadakan Promosi Kraf Malaysia 2016 yang bermula pada 20 sehingga 29 Mei 2016 selama 10 hari.

Promosi Kraf Malaysia 2016 ini diadakan di Bintang Megamall, Miri bermula dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Promosi yang bertemakan “Beli Kraf Malaysia” ini melibatkan penyertaan seramai lebih 63 penyertaan usahawan yang terdiri dari bidang kraf tekstil, logam, hasil tanah, hasil rimba dan aneka kraf.

Terdapat pelbagai jualan kraf dari pelbagai bidang kraf dihasilkan oleh usahawan kraf tempatan serta dari luar Sarawak dan juga aktiviti interaktif kraf seperti mewarna batik disediakan kepada pengunjung yang hadir.

Antara beberapa coretan semasa promosi ini berlangsung….









Sunday, June 19, 2016

LAWATAN KERJA RASMI YANG BERHORMAT MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA, YB DATO’ SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ KE NEGERI SARAWAK 2016

Yang Berhormat Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia, YB Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Negeri Sarawak pada 28 April hingga 06 Mei 2016. Antara tempat yang beliau lawati ialah Kampung Lintang, Jaie, Sadong Jaya, Lundu, Bau dan Kampung Perintah Masjid, Gedong, Simunjan.

Sehubungan itu, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak telah mengadakan 2 program makmal pengeluaran produk kraf semasa lawatan kerja rasmi menteri berlangsung iaitu Makmal Pengeluaran Produk Kraf Mata dan Sarung Parang pada 25 – 27 April 2016 di Kampung Lintang, Jaie, Sadong Jaya dan Makmal Pengeluaran Produk Kraf Kayu Belian pada 29 April – 1 Mei 2016 di Lundu, Bau dengan bilangan penyertaan peserta seramai 10 orang setiap program.

Secara tidak langsung menjemput beliau untuk menyempurnakan Majlis Penutupan Makmal Pengeluaran Produk Kraf Mata dan Sarung Parang pada 28 April 2016 (Khamis) di Dewan Serbaguna Kampung Lintang Jaie serta Makmal Pengeluaran Produk Kraf Kayu Belian pada 2 Mei 2016 (Isnin) di Dewan Sri Pakma, SMK Lundu. Turut hadir bersama Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Puan Hajah Zuraida binti Mokhtar dan Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak, Encik Azran bin Arip.

Objektif makmal tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran usahawan dalam menghasilkan produk yang lebih berkualiti melalui pendedahan kepada teknik kemasan, mempelbagaikan kemasiapan produk bagi memberi pilihan kepada pembeli serta mempertingkatkan kualiti produk yang dihasilkan dan dapat mengaplikasikan teknik ini dalam pengeluaran produk mereka.

Selepas itu, beliau dan ahli rombongan lain telah membuat lawatan ke Bengkel Permata Songket di Kampung Perintah Masjid, Gedong, Simunjan pada 5 Mei 2016 (Khamis) untuk melihat pembuatan serta hasil Songket Sarawak yang telah siap secara dekat dan bengkel songket tersebut dibawah seliaan pihak Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak.


Antara beberapa coretan semasa lawatan di Kampung Lintang, Jaie, Sadong Jaya

















Antara beberapa coretan semasa lawatan di Lundu, Bau





















Antara beberapa coretan semasa lawatan di Kampung Perintah Masjid, Gedong, Simunjan