Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak secara
amnya pertama kali menyertai pertandingan berakit sungai atau Padawan Raft
Safari 2016 yang dikelola oleh Majlis Perbandaran Padawan pada 14 Ogos 2016
(Ahad) bertempat pada garis mula perlumbaan dari Kampung
Annah Rais, Kampung Temurang, Kampung Danu dan sehingga garis penamat di Kampung
Git.
Pelbagai kategori
dipertandingkan dalam acara tersebut iaitu kategori Expert (40km), kategori
Lelaki Terbuka (26km), kategori Wanita Terbuka (22km), kategori Jabatan
Kerajaan (22km), kategori Hotel dan Agensi (22km) serta kategori Berkayak
(22km).
Penyertaan Kraftangan
Malaysia Cawangan Sarawak ini dalam kategori
Jabatan Kerajaan (22km) dan disertai oleh 4 orang anggota kerja iaitu
Encik Ismail Ibrahim, Encik Mohd Hafiz Mohd Hashim, Encik Razali Pindot dan
Encik Tony Rantai ak Roti.
Walaupun tidak memenangi sebarang trofi dalam
pertandingan tersebut, anggota kerja berasa
seronok serta gembira dengan pelbagai pengalaman mengharungi sungai yg panjang
dan berliku-liku serta berhadapan dengan jeram yang deras sepanjang laluan
sungai sehingga ke garisan penamat.
Antara beberapa gambaran
serta keadaan ketika pertandingan ini berlangsung…