Wednesday, October 28, 2009
LAWATAN PELAJAR SK BANDAR SEMARIANG
KHAMIS, 29 Oktober 2009. Seramai 168 orang murid Tahun 6 dan 11 orang guru pengiring dari Sekolah Kebangsaan Bandar Semariang telah membuat lawatan ke KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak . Lawatan ini adalah merupakan salah satu aktiviti bagi Program PASCA UPSR Tahun 6 2009.
LAWATAN PELAJAR SK BATU LINTANG
Rabu, 28 Oktober 2009. Seramai 140 orang pelajar Tahun 4, 5 & 6 serta 13 orang guru pengiring dari Sekolah Kebangsaan Batu Lintang, Jalan Kolej, Kuching telah melakukan lawatan ke KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak. Pelajar-pelajar telah dibawa untuk melihat sendiri gerakerja usahawan Skim Inkubator Keringkam, Tenunan Songket, Batik Tulis, Seramik, ukiran kayu dan jahitan beg. Sepanjang tempoh 2 jam berada di KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak pelajar-pelajar telah didedahkan dan melakukan gerakerja mencanting Batik dan Sulaman Manik. Jelas terbayang keseronokan serta minat pelajar-pelajar yang mengikuti aktiviti ini.
LAWATAN PELAJAR KELAB SENI MAKTAB RENDAH SAINS MARA (MRSM)
Pada 23 Oktober 2009 (Jumaat) seramai 8 orang pelajar dan 1 orang guru pengiring daripada Kelab Seni Sekolah Maktab Rendah Sains Malaysia (MRSM), Jalan Sultan Tengah telah membuat lawatan ke Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak. Pelajar-pelajar telah melakukan Interaktif Batik Tulis.
Tuesday, October 20, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)