Tuesday, February 4, 2014

PROGRAM BIMBINGAN TEKNIKAL DI RH PANJANG MUJAH BINTULU

                           
          Pada tarikh 22 hingga 24 Januari 2014, beberapa kakitangan Pembangunan Usahawan telah menjalankan Bimbingan Teknikal Pembuatan Tangkai Bakul Rotan selama 4 hari di Rumah Panjang Mujah Bintulu, Sarawak. Seramai 12 orang peserta telah mengikuti BT tersebut dan 4 peserta  akan menyertai Hari Kraf Kebangsaan 2014 (HKK 2014).

          Kakitangan yang terlibat dalam pelaksanaan BT ialah;
          i. Hj On Bin Hj Marzuki
         ii. Brahim Saidi (Bekas Kakitangan )  
        iii. Puan Suri Jarau                                          
        iv. En Razali Pindot

          Antara aktiviti yang dijalankan adalah memberi tunjuk ajar berkenaan pembuatan berbagai tangkai bakul rotan, cara membengkok rotan serta cara mewarna bilah rotan pulo(isi rotan). Rekaan produk BT pula adalah dari bahagian R&D Ibu Pejabat.

          Sambutan yang diterima bagi aktiviti ini amatlah menggalakkan dan kebanyakan 
usahawan terlibat memerlukan perubahan dari segi rekaan, pasaran dan sokongan. Kebanyakan peserta menyatakan bahawa ini adalah satu pengalaman baru bagi mereka dan diharapkan ilmu yang diterima dimanfaatkan sepenuhnya. 
          
Rentetan perjalanan BT (gambar-gambar berkaitan)






2 comments:

  1. sangat menarik . jika ada kraftangan berasas dari pertukangan emas dari sarawak . boleh buat rencana khas . penggunaan logam emas seperti di indonesia dan thailand http://goldshopper.blogspot.com/2013/05/how-to-trade-gold-in-thailand-commodity.html

    ReplyDelete