Saturday, March 30, 2013

CERAMAH KRAF TANGAN SARAWAK

CERAMAH KRAF TANGAN SARAWAK
@ haironi bin haji bohari

Sarawak Tourist Guides Association (STGA) telah mengadakan Continuing Tourism Related Education (CTRE) pada 2 Mac 2013 (Sabtu) dan telah menjemput Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak untuk mengisi satu slot ceramah bertajuk “KRAF TANGAN SARAWAK”. Slot ceramah ini adalah merupakan usaha Kementerian Pelancongan Malaysia untuk memberi tambahan maklumat kepada pemandu pelancong di Kuching, Sarawak mengenai kraf tangan di Sarawak.

Ceramah ini telah disampaikan oleh Encik Haironi Bin Haji Bohari (PEE-Bahagian Pemuliharaan) dan dibantu oleh anggota kerja seprti berikut ;

i.      Encik Ramlee bin Tuah                             - Teknikal dan juru gambar
ii.    Puan Udaidah bt. Haji Suhaili                   - Demo Sulaman Keringkam
iii.   Puan Hajah Saptuyah Mohd. Edoon        - Demo Batik Canting
iv.   Puan Siti Marshitah Abdullah                    - Demo Tenunan Pua Kumbu
v.   Puan Prida Austin Johol                             - Demo Anyaman Buluh

Seramai lebih kurang 30 orang peserta yang hadir, terdiri daripada pemandu-pemandu pelancong yang berdaftar di bawah Persatuan Pemandu Pelancong Sarawak (STGA) telah hadir.

Selepas menghadiri ceramah peserta-peserta telah dibawa membuat lawatan ke Galeri Warisan untuk melihat produk-produk warisan serta demonstrasi sulaman kelingkam, tenunan pua kumbu dan batik canting. Peserta-peserta juga berpeluang menyertai interaktif batik canting yang telah disediakan kepada mereka.


 
GAMBAR-GAMBAR
Pemandu-pemandu pelancong yang hadir  mengikuti ceramah  
 Ceramah "Kraf tangan Sarawak" telah disampaikan oleh Encik Haironi Bin Haji Bohari

Pemandu-pemandu melakukan interaktif mewarna batik canting


Demonstrasi sulaman keringkam dan anyaman buluh


Thursday, March 14, 2013

JELAJAH KRAF WARISAN

“JELAJAH KRAF WARISAN – KRAF BERSAMA ANDA”
   (MEWARNA BATIK, SULAMAN MANIK & ANYAMAN BULUH)
  
KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak melalui Bahagian Pemuliharaan telah mengadakan Pendidikan Kraf  di bawah Program ’JELAJAH KRAF WARISAN - KRAF BERSAMA ANDA” di Daerah Lundu.

Ianya bertujuan mengajar asas sulaman manik, mewarna batik yang telah dicanting DAN anyaman buluh di samping menyemai bakat dan mengajak mereka  mencintai kraf warisan. Ini membolehkan mereka memahami erti kesabaran, kesungguhan dan keyakinan dalam membuat kraf tangan yang diajarkan.
     
Aktiviti ini juga diharap agar ianya dapat mencetuskan kesedaran dan keyakinan diri murid-murid dan guru seni visual terhadap seni kreatif . Melalui program ini pelajar-pelajar dan guru-guru yang terlibat telah diberi maklumat mengenai KRAFTANGAN MALAYSIA serta berpeluang mengalami dan membuat sendiri kraf yang diajarkan.

Seramai 196  orang murid-murid di Tanun 3, 4, 5 dan 6 serta pelajar-pelajar Tingkatan 2, 3 & 4 terlibat DAN Seramai 36 orang Guru turut sama terlibat menyertai aktiviti yang dijalankan.

Sekolah-sekolah yang terlibat adalah seperti berikut ;


BIL

TARIKH / MASA

SEKOLAH

BIDANG KRAF

PENYERTAAN


1

12 Mac 2013 (Selasa) / 0800 pg – 1230 tgh

SK Stunggang, Lundu

Sulaman Manik
Anyaman Buluh
Mewarna Batik Canting

Guru – 3 orang
Murid Tahun 3 & 4 – 50 orang

2

12 Mac 2013 (Selasa) / 1400 ptg – 1800 ptg

SK Bumiputra, Lundu

Sulaman Manik
Anyaman Buluh
Mewarna Batik Canting

Guru – 27 orang Murid Tahun 5 & 6 – 50 orang

3

13 Mac 2013 (Rabu) / 0800 pg – 1230 tgh

SK Lebai Mentali, Lundu

Sulaman Manik
Anyaman Buluh
Mewarna Batik Canting

Guru – 3 orang Murid Tahun 3, 4 & 5 – 46 orang

4

13 Mac 2013 (Rabu) /  1400 ptg – 1800 ptg

SMK Lundu, Lundu

Sulaman Manik
Anyaman Buluh
Mewarna Batik Canting

Guru  - 3 orang Pelajar Tingkatan 2, 3 & 4 – 50 orang


Anggota kerja dan tenaga pengajar yang terlibat adalah seperti berikut ;

i.              Haironi b Hj Bohari                          - Penyelaras Program 
ii.            Udaidah Hj Suhaili                          - Tenaga Pengajar Sulaman Manik 
iii.           Hjh Saptuyah Mohd Edoon            - Tenaga Pengajar Batik Canting
iv.           Prida ak. Austin Johol                     - Tenaga Pengajar Anyaman Buluh
  
Program ini telah menarik minat dan merupakan pengalaman baru  kepada semua pelajar di samping menanam rasa cinta terhadap seni warisan bangsa yang menjadi lambang jati diri ke arah memertabatkan kraf kita.
        
Hasil daripada maklumbalas daripada peserta, keseluruhannya  berpuashati mengikuti aktiviti ini dan berjaya menyiapkan produk yang diarahkan dan meminta agar aktiviti/program ini dapat diteruskan. Hhb..

                                                 GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI

                          SK STUNGGANG, LUNDU



                                      SK BUMIPUTRA, LUNDU



                                               SK LEBAI MENTALI




                  SMK LUNDU, LUNDU