CERAMAH KRAF TANGAN SARAWAK
@ haironi bin haji bohari
Sarawak Tourist Guides Association (STGA) telah mengadakan Continuing Tourism Related Education (CTRE) pada 2 Mac 2013 (Sabtu) dan telah menjemput Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak untuk mengisi satu slot ceramah bertajuk “KRAF TANGAN SARAWAK”. Slot ceramah ini adalah merupakan usaha Kementerian Pelancongan Malaysia untuk memberi tambahan maklumat kepada pemandu pelancong di Kuching, Sarawak mengenai kraf tangan di Sarawak.
Ceramah ini telah disampaikan oleh Encik Haironi Bin Haji Bohari (PEE-Bahagian Pemuliharaan) dan dibantu oleh anggota kerja seprti berikut ;
i. Encik Ramlee bin Tuah - Teknikal dan juru gambar
ii. Puan Udaidah bt. Haji Suhaili - Demo Sulaman Keringkam
iii. Puan Hajah Saptuyah Mohd. Edoon - Demo Batik Canting
iv. Puan Siti Marshitah Abdullah - Demo Tenunan Pua Kumbu
v. Puan Prida Austin Johol - Demo Anyaman Buluh
v. Puan Prida Austin Johol - Demo Anyaman Buluh
Seramai lebih kurang 30 orang peserta yang hadir, terdiri daripada pemandu-pemandu pelancong yang berdaftar di bawah Persatuan Pemandu Pelancong Sarawak (STGA) telah hadir.
Selepas menghadiri ceramah peserta-peserta telah dibawa membuat lawatan ke Galeri Warisan untuk melihat produk-produk warisan serta demonstrasi sulaman kelingkam, tenunan pua kumbu dan batik canting. Peserta-peserta juga berpeluang menyertai interaktif batik canting yang telah disediakan kepada mereka.
GAMBAR-GAMBAR
Pemandu-pemandu pelancong yang hadir mengikuti ceramah
Ceramah "Kraf tangan Sarawak" telah disampaikan oleh Encik Haironi Bin Haji Bohari
Demonstrasi sulaman keringkam dan anyaman buluh |
Useful information. Fortunate me I discovered your web site accidentally,
ReplyDeleteand I'm stunned why this twist of fate didn't took place earlier!
I bookmarked it.
Also visit my blog post 2001 honda s2000 hardtop for sale