Miri, Sarawak – Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak dengan
kerjasama Majlis Bandaraya Miri dan Unit Pembangunan Usahawan Bumiputera (UPUB)
sedang mengadakan Promosi Kraf Malaysia
2013 Peringkat Negeri Sarawak bertempat di Miri Handicraft Centre, Miri,
Sarawak bermula pada 18 hingga 26 Mei 2013 dengan penyertaan usahawan
seramai 69 usahawan dari Sarawak, Sabah, Kelantan, Terengganu, Selangor dan
Melaka bersempena dengan acara tahunan sambutan Hari Bandaraya Miri pada 20 Mei
2013.
Kepelbagaian produk kraf tempatan di Sarawak |
Untuk
makluman anda semua, bulan Mei merupakan bulan sambutan ulang tahun Bandaraya
Miri yang ke 8 dan sempena sambutan tersebut, beberapa aktiviti dan acara telah
dirancang oleh pihak Majlis Bandaraya Miri bagi memeriahkan sambutan. Bulan Mei
juga merupakan bulan untuk masyarakat Iban membuat persiapan dan membeli-belah
untuk perayaan Gawai. Untuk makluman, masyarakat Iban merupakan masyarakat
kedua terbesar di Miri. Majlis Bandaraya Miri juga telah mempromosikan sambutan
tersebut di Sabah dan Brunei.
Majlis perasmian dirasmikan oleh Y. Bhg. Encik Lawrence Lai Yew Son, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri bersama-sama wakil Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak Puan Salmi Hj Mohd Isa |
Bertemakan
“Beli Kraf Malaysia” ,kempen ini
bertujuan menggalakkan masyarakat Malaysia dalam memakai dan menggunakan produk
kraf buatan tempatan sebagai satu gaya hidup dan bagi menyemarakkan kembali
cintakan seni warisan kraf tempatan di kalangan generasi muda.
Pelbagai aktiviti telah diadakan bagi memeriahkan lagi
promosi ini seperti pelbagai jualan kraf seperti tekstil, hasil rimba, hasil
tanah, logam dan aneka kraf serta jualan makanan dibawah kelola Unit
Pembangunan Usahawan Sarawak (UPUB). Selain itu, demonstrasi kraf juga diadakan
dalam promosi ini bagi melihat sendiri pembuatan kraf dilakukan secara terus
kepada pengunjung yang mengunjungi promosi ini seperti pembuatan sarung parang
dari Lawas, pembuatan pasu Iban dari Batang Ai dan pembuatan aksesoris siput
dari Sematan.
Kepelbagaian produk kraf tempatan yang diusahakan oleh usahawan kraf |
Tidak lupa kepada aktiviti pendidikan kraf juga diadakan untuk memberi
pendedahan dan mengetahui bagaimana untuk menghasilkan kraf secara terus
menerusi aktiviti ini sempena Promosi Kraf Malaysia 2013 seperti mencanting dan
mewarna batik, menganyam buluh serta sulaman manik.
Lawatan rasmi selepas perasmian ke lot-lot jualan usahawan |
Persembahan kebudayaan juga diadakan di sebelah malam bagi menghiburkan
para pengunjung yang hadir ke promosi ini dan menerusi aktiviti ini kita juga
dapat menyaksi dan mengenali lebih dekat seni warisan kebudayaan dari Miri ini
amnya. Persembahan kebudayaan ini bermula jam 8.00 malam sepanjang promosi ini
berlangsung.
Suasana meriah dengan pengunjung yang hadir mengunjungi promosi ini |
Jom beramai-ramai kita mengunjungi Promosi Kraf Malaysia 2013 di Miri Handicraft Centre pada 18 hingga 26 Mei 2013 dan bermula jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam...
Kmk sempat membeki sigek parang dari org Samarahan. Alhamdulillah..memang puas hati dengan mutu pembuatan parang nya. Kalau boleh pihak kraftangan Sarawak dpt merik no perhubungan penjual ya. Insya'Allah kmk nak tempah lagik dari nya.
ReplyDeleteKmk sempat membeki sigek parang dari org Samarahan. Alhamdulillah..memang puas hati dengan mutu pembuatan parang nya. Kalau boleh pihak kraftangan Sarawak dpt merik no perhubungan penjual ya. Insya'Allah kmk nak tempah lagik dari nya.
ReplyDelete