Tuesday, December 6, 2011

PROMOSI & JUALAN


Satok Fest’ 2011 Di Kuching Waterfront


Kuching, Sarawak – Persatuan Koordinasi Pelancongan Satok (PKPS) dengan kerjasama pihak kerajaan, swasta dan badan NGO telah menganjurkan Satok Fest’ 2011 kali ke 5 bertempat di Kuching Waterfront, Sarawak bermula pada 1 hingga 4 Disember 2011. Pihak Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak telah dijemput bagi menyertai aktiviti promosi dan jualan di mana Kraftangan Malaysia merupakan salah satu agensi di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia (KPKK). Majlis ini telah disempurnakan oleh Y.B. Datuk Amar Abg Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abg Haji Openg, Menteri Perumahan Dan Menteri Pelancongan Sarawak pada 2 Disember 2011 mulai jam 8.00 malam.

Satok Fest’ 2011 ini bertujuan untuk memertabatkan Satok sebagai hub tarikan pelancongan dan memberi peluang dan galakan kepada pengusaha untuk memasarkan terus produk kraf kepada pengguna di Satok disamping mencari pasaran baru di Satok serta menyokong aktiviti yang dijalankan oleh pihak penganjur.

19 orang usahawan kraf Sarawak dalam bidang hasil rimba, tekstil, seramik dan aneka kraf terlibat di mana usahawan memasarkan terus produk kraf kepada pengguna di samping mencari pasaran baru di sekitar Kuching.


Usahawan yang terlibat dalam festival ini :

1. Manita Enterprise (Kayu)
2. Sandora Craft Collection (Batik)
3. Tradelinks Management System (Seramik)
4. Alis Ameer Enterprise (Batik)
5. B-Jang Arts & Crafts (Kayu)
6. Ros Handicraft (Manik) 
7. Seni Buluh Enterprise (Ukiran Buluh)
8. Borneo Oricraft Company (Tenunan Pua)
9. Koperasi Kraftangan Abit Serian (Anyaman Rotan)
10. Rinda Craft (Aneka Kraf)
11. Lika Annie (Aneka Kraf)
12. Bidakraf (Kulit Kayu)
13. Victoria Enterprise (Manik Seramik)
14. Sharifah Handicraft (Manik Seramik)
15. Heliconia Craft Collection (Manik Seramik)
16. Olumis Enterprise (Aneka Kraf)
17. Pegari Enterprise (Aneka Kraf)
18. Jenza Enterprise (Aneka Kraf)
19. Putit Lamat (Ukiran Khat)




Usahawan kraf B-Jang Arts & Crafts sedang menghasilkan aksesoris berasaskan kayu

Kepelbagaian aksesoris manik yang dihasilkan oleh usahawan kraf manik

Usahawan kraf rotan sedang memberi penerangan mengenai kegunaan produk rotan

Kelihatan pengunjung sedang melihat lukisan batik yang dipamerkan

Kepelbagaian rupa, bentuk dan warna batik yang dihasilkan oleh usahawan kraf batik ini


Monday, December 5, 2011

PROMOSI & JUALAN


Ekspo Beli Barangan Malaysia Dan Peluang Perniagaan Francais Negeri Sarawak


Miri, Sarawak – Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (PPDNKK) telah menganjurkan Ekspo Beli Barangan Malaysia Dan Peluang Perniagaan Francais Negeri Sarawak pada 24 hingga 28 November 2011 bertempat di Bintang Megamall, Miri, Sarawak. Pihak Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak telah dijemput untuk menyertai aktiviti jualan di mana Kraftangan Malaysia merupakan salah satu agensi di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia (KPKK). Majlis ini telah disempurnakan oleh Y.B. Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan Malaysia pada 24 November mulai pukul 2.00 petang.

Ekspo ini bertujuan membantu merancakkan pertumbuhan ekonomi negara di samping meningkatkan perbelanjaan domestik di kalangan masyarakat serta mempromosi dan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang produk tempatan yang variasi dan bermutu tinggi setanding dengan produk luar negara. 

6 usahawan kraf Sarawak dalam bidang hasil rimba, tekstil dan seramik terlibat di mana usahawan memasarkan terus produk kraf kepada pengguna di samping mencari pasaran baru. 



Usahawan yang terlibat dalam ekspo ini :

1. Malek Batik (Batik Painting)
2. Borneo Oricraft Company (Tenunan Pua Kumbu)
3. Imor Kraf (Anyaman Rotan)
4. Koperasi Kraftangan Abit Serian (Anyaman Rotan)
5. Bengkel Manik Seramik (Manik Seramik)
6. Mirit Tai (Manik Seramik)


Dirasmikan oleh Y.B. Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan Malaysia

Usahawan yang dipilih adalah usahawan yang boleh berdikari dan dapat membiayai sendiri kos yang terlibat dalam promosi ini serta mereka juga berkemampuan untuk membuat perundingan bagi tempahan dan pengeluaran.


Lawatan Timbalan Menteri KPDNKK ke tapak ekspo

Usahawan kraf rotan sedang memberi penerangan tentang produk kraf yang dihasilkan

Keunikan dan tradisional tenunan pua yang di bawa oleh usahawan kraf tenunan pua ini

Pelbagai jenis rupa dan warna batik yang dihasilkan oleh usahawan kraf batik ini