Monday, April 18, 2011

PENDIDIKAN KRAF BATIK CANTING

Bahagian Pemuliharaan KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak telah mengadakan Pendidikan Kraf Batik Canting untuk pelajar-pelajar Maktab Rendah Sains Mara, Kuching pada 9 April 2011 (Sabtu) bertempat di premis KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak.

Seramai 14 orang pelajar yang diiringi oleh Cikgu Monaliza bt. Johnwayne telah menyertai aktiviti ini. Pendidikan Kraf telah ditunjuk ajar oleh Puan Hajah Saptuyah Mohd. Edon.

Program ini dirancang akan diadakan setiap bulan yang mana akan melibatkan pelajar-pelajar yang sama. Pelajar-pelajar akan didedahkan dengan gerak kerja asas membatik pada awal pembelajaran. Bulan kedua dan ketiga gerak kerja untuk menyiapkan produk hiasan dinding akan dilaksanakan.

Aktiviti ini akan memberi impak yang baik kepada pelajar kerana pelajar-pelajar boleh menjadikan pembelajaran yang diterima sebagai satu hobby yang amat berguna. Hhb…


Pelajar-pelajar melakukan asas mencanting

Pelajar-pelajar melakukan asas-asas mewarna

‘Berambeh’ RTM bersempena Sambutan 65 Tahun RTM

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak telah turut menyertai ‘Berambeh’ RTM bersempena dengan sambutan 65 tahun Radio Dan Television Malaysia (RTM) pada 8 , 9 dan 10 April 2011. KRAFTANGAN MALAYSIA telah mempamerkan aktiviti / program cawangan yang dilaksanakan serta demonstrasi batik canting pada hari terebut.


Pada 10 April 2011 (Ahad), Yang Berhormat Datuk Seri Utama Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia telah melakukan perasmian TVi untuk Sarawak dan Sabah. Hhb..

Ruang pameran KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak


Demonstrasi Batik Canting

Encik Sahaimi Abdul Manaf, Pengarah KRAFTANGAN MALAYSIA
Cawangan Sarawak (tiga dari kiri)

Yang Berhormat Datuk Seri Utama Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi
dan Kebudayaan Malaysia dan tetamu kehormat (empat dari kiri)


Thursday, April 7, 2011

INTERAKTIF BATIK CANTING

Bahagian Pemuliharaan KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak telah mengadakan Interaktif Kraf Batik Canting untuk pelajar-pelajar, guru-guru dan orang awam di SMK St. Thomas, Kuching pada 2 April 2011 (Sabtu) bersempena dengan HARI KELUARGA SMK ST. THOMAS 2011.

Seramai 45 orang kanak-kanak, pelajar, guru-guru dan orang awam telah menyertai aktiviti ini. Interaktif telah ditunjuk ajar oleh Puan Hajah Saptuyah Edon dan dibantu oleh Encik Junaidi Suni.

Keseluruhan komen yang diberikan menyatakan aktiviti ini amat menyeronokkan serta menarik minat pelajar-pelajar yang hadir dan berharap agar KRAFTANGAN MALAYSIA dapat mengadakan lagi aktiviti sedemikian pada masa akan datang. Hhb…

Wednesday, April 6, 2011

LAWATAN SAMBIL BELAJAR

JUMAAT, 25 MAC 2011 : Seramai 20 orang pelajar-pelajar UCSI telah membuat lawatan sambil belajar ke KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak  Rombongan telah dibawa melawat Geleri Muzium dan Usahawan Skim Pengeluaran Inkubator Kraf. Pelajar-pelajar juga berkesempatan melakukan Interaktif Kraf Batik Canting.    Hhb..

Pelajar UCSI sedang mendengar taklimat daripada Puan Udaidah Haji Suhaili


Pelajar sedang melakukan interaktif batik canting


Monday, January 17, 2011

MAJLIS PENGHARGAAN 25 TAHUN PERKHIDMATAN

Pada 7 Januari 2011 (Jumaat), Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak telah meraiekan 12 orang anggota kerja yang telah memberi perkhidmatan mereka melebihi 25 tahun dengan KRAFTANGAN MALAYSIA.

Hadir sama pada majlis tersebut adalah Pengarah Negeri Encik Sahaimi Abdul Manaf dan seterusnya menyampaikan cenderamata kepda anggota kerja. HHB.


Dari kiri Abu Bakar Madzhi, Sudin Leng, Onn Marzuki, Hajah Hapipah Bujang, Udaidah Hj Suhaili, Encik Sahaimi  Abd Maaf (Pengarah), Hasiah Hj Hashim, Brahim Saidi, Arabi Hj Iri, Salmi Mohd. Isa, inyam ak Chagik, Gracy Agustine dan Raduan Anuar (tidak ada dalam gambar) 


Wednesday, January 12, 2011

HARI KELUARGA 2011

Kelab Sukan Dan Rekreasi Perbadanan Kemajuan Kratangan Malaysia Cawangan Sarawak telah mengadakan Hari Keluarga 2011 di Holiday Chelet, Sematan pada 8 & 9 Januari 2011. Seramai 21 orang anggota kerja dan 39 ahli keluarga telah berkampung di Holiday Chelet, Sematan. Rombongan turut disertai oleh Pengarah Cawangan Encik Sahaimi b Abdul Manaf dan keluarga.

Pelbagai kegiatan telah diatur seperti sukaneka yang disertai oleh anak-anak, ahli keluarga dan anggota kerja pada sebelah petang. Pada sebelah malamnya barbeque diadakan disamping majlis penyampian hadiah serta diiringi lagu-lagu karaoke yang diperdengarkan oleh bakat-bakat baru anggota kerja dan ahli keluarga yang hadir.

Program ini telah memperlihatkan komitment dan kerjasama yang menyeluruh daripada semua anggota kerja di dalam menyemaikan rasa keharmonian dan kekeluargaan sepanjang aktiviti ini dilaksanakan. HHB.

                                                        Ketibaan anggota kerja dan keluarga
                                           
            Taklimat dan Penerangan daripada Pengarah Encik Sahaimi Abdul Manaf sebelum sukaneka dijalankan

                                                          Pendaftaran Sukaneka untuk anak-anak

                             SUKANEKA YANG DISERTAI OLEH ANAK-ANAK DAN ANGGOTA KERJA






                          PEMBINAAN ISTANA PASIR YANG DISERTAI OLEH ANGGOTA KERJA DAN KELUARGA

                                BARBEQUE, ENYAMPIN HADIAH, SAMBUTAN HARIJADI DAN KARAOKE