Monday, May 31, 2010

PROGRAM PENDIDIKAN KRAF DI MIRI

Bersempena dengan Promosi Batik Dan Tenun Peringkat Negeri Sarawak KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak melalui Bahagian Pemuliharaan telah mengadakan Pendidikan dan Interaktif Kraf yang bertujuan mengajar asas menganyam rotan, buluh dan menyulam manik serta menyampaikan maklumat mengenai seni kraf warisan kepada kumpulan sasar khususnya kepada pelajar serta orang awam. Ini membolehkan mereka memahami erti kesabaran, kesungguhan dan keyakinan dalam membuat kraf tangan yang diajarkan.

Program ini memberi peluang kepada pelajar dan orang awam yang terlibat untuk mengenal, mempelajari, mengalami serta melakukan sendiri dan memperolehi kemahiran dalam menghasilkan kraf yang dipelajari di samping memupuk kecintaan terhadap seni kraf tempatan.

  • Program ini telah menarik minat dan merupakan pengalaman baru kepada kebanyakan pelajar di samping menanam rasa cinta terhadap seni warisan bangsa yang menjadi lambang jati diri ke arah memertabatkan kraf kita.

  • Hasil daripada maklumbalas daripada peserta, keseluruhannya berpuashati mengikuti aktiviti ini dan berjaya menyiapkan produk yang diarahkan dan meminta agar aktiviti/program ini dapat diteruskan.

  • KRAFTANGAN MALAYSIA telah mencapai sasaran untuk memberi pendidikan asas/awal membuat kraf tangan kepada peserta yang terlibat.

  • Sekolah yang terlibat juga berharap agar guru-guru seni di Miri diberi pendedahan asas/awal mempelajari beberapa seni kraf tangan yang sedia ada.
20 Mei 2010 (Khamis) 1000 pagi – 1700 petang (Anyaman Buluh)
SMK Sains Miri (20 orang pelajar dan 2 orang guru pengiring)





Hasil anyaman yang telah dibuat oleh pelajar yang terlibat.









21 Mei 2010 (Khamis) 1000 pagi – 1700 petang (Sulaman Manik)
Disebabkan sekolah yang dijemput tidak hadir maka KRAFTANGAN MALAYSIA telah membuka pendidikan kraf sulaman manik kepada orang awam. Seramai 10 orang awam terlibat.




Peserta sedang membuat sulaman
manik yang ditunjuk ajar oleh
Puan Elizebert Lirang


Peserta sedang membuat sulaman
manik
22 Mei 2010 (Khamis) 1000 pagi – 1700 petang (Anyaman Rotan)
Pemaju Mesyarakat KEMAS, Miri (14 orang peserta dan 2 orang penyelia)




Peserta sedang membuat anyaman
dan ditunjuk ajar oleh Puan Sandra
Ahie Higau


Peserta sedang membuat anyaman





Anyaman rotan yang telah siap










23 Mei 2010 (Khamis) 1000 pagi – 1700 petang (Anyaman Buluh)
SK Pujut Coner, Miri (15 pelajar dan 2 orang guru pengiring)

Pelajar sedang melakukan gerak
kerja anyaman buluh yang ditunjuk
ajar oleh Puan Manoi ak Jarau.


Hasil anyaman yang telah dibuat
oleh salah seorang pelajar.


Hasil kerja yang telah berjaya
dibuat oleh pelajar yang terlibat












24 Mei 2010 (Khamis) 1000 pagi – 1700 petang (Sulaman manik)
SK Syed Othman, Miri (16 orang pelajar 2 orang guru pengiring)




Guru pengiring turut berminat
mempelajari sulaman manaik



Pelajar sedang mempelajari
sulaman manik daripada
Puan Elizebert Lirang













Hasil sulaman manik yang telah
berjaya dibuat oleh pelajar yang
terlibat.








25 Mei 2010 (Khamis) 1000 pagi – 1700 petang (Anyaman Rotan)
SK Datuk Temenggung Datuk Muip (17 orang pelajar dan 2 orang guru pengiring)


Pelajar sedang mempelajari
anyaman rotan dari Puan Sandra
Ahie Higau


Salah seorang pelajar yang sedang
tekun membuat anyaman


Hasil anyaman yang telah siap dibuat













HHB..

No comments:

Post a Comment