Wednesday, February 10, 2010

LAWATAN AKADEMIK

Isnin, 8 Februari 2010 seramai 20 orang pelajar dan 2 orang Pensyarah pengiring dari Fakulti Senilukis dan Senireka, UiTM Perak semester 04 membuat lawatan ke KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak.











Tuesday, February 9, 2010

ORIENTASI PENGELUARAN PRODUK BARU BEMBAN

KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak sedang mengadakan Orientasi Pengeluaran Produk Baru Beg Bemban Bagi Pasaran Domestik Dan Antarabangsa bermula 1 - 5 Februari 2010 bertempat PKKM Cawangan Sarawak.

Seramai 11 orang usahawan yang terlibat terdiri daripada 5 usahawan Inkubator, 2 usahawan perantisan warisan anyaman, 2 usahawan bebas dan 2 usahawan latihan jangka pendek.

Produk-produk yang dibuat adalah pelbagai beg yang menggunakan anyaman bemban serta ditambah nilai dengan 'leather'. Ini adalah hasil rekaan daripada pereka-pereka Ibu Pejabat dan Cawangan.



Wednesday, February 3, 2010

MAKLUMAN

Adalah dimaklumkan bahawa HAJI LENG BIN ENJAH (78 tahun) iaitu ayah kepada Encik Sudin b. Haji Leng (Pengawal Keselamatan PK 11) KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak telah kembali kerahmatullah pada 2 Febuari 2010 (malam) dan telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang pada 3 Febuari 2010.

Mudah-mudahan roh beliau dimasukkan di dalam golongan orang-orang yang beriman.

Amin...... AL-FATIHAH.

Monday, January 25, 2010

PROGRAM KAJIAN INDUSTRI KRAF 2009-SARAWAK

Program Kajian Industri Kraf 2009 di Sarawak telah dilaksanakan oleh KRAFTANGAN MALAYSIA dengan kerjasama Bahagian Penyelidikan KPKK bermula 5 - 24 Januari 2010. Beberapa anggota kerja KRAFTANGAN MALAYSIA bersama Pembantu Penyelidik KPKK telah menjelajah seluruh Sarawak menggunakan kereta pacuan empat roda Hilux melalui jalan balak dan menggunakan perahu panjang mengharungi sungai bagi membuat bancian Usahawan Kraf.

Lokasi Miri, Bintulu, Limbang,Lawas dan Ulu Baram telah dilaksanakan oleh Encik Haironi b Haji Bohari, Encik Arabi Hj. Iri daripada KRAFTANGAN MALAYSIA, Encik Cheah Yeng Weng dan Encik Hussin b Ali daripada Cawangan Penyelidikan KPKK.

Sepanjang bancian yang dilakukan banyak perkara yang harus difikirkan bagi memastikan usahawan kraf di kawasan-kawasan pendalaman mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak-pihak yang tertentu.

Beberapa perkara yang telah disuarakan oleh pembuat kraftangan yang ditemubual ;
  • Memohon kerjasama KRAFTANGAN MALAYSIA untuk mencari kaedah cara dan bagaimana memasarkan hasil pembuatan kraftangan mereka.
  • Bantuan penyediaan bahan mentah. Ini adalah kerana bahan mentah yang sedia ada mahal harganya.


GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG BANCIAN/KAJIAN INDUSTRI KRAF
Rumah Lampoh



Rumah Siba

Rumah Unggin

Rumah Gerena

Kain Tenun Jong Sarat di Limbang
Pembuatan Sarung Parang di Limbang



Perjalanan Ke Long Beruang


Perjumpaan di Long Beruang

Produk Kraftangan Penan Long Beruang


Perjumpaan Di Long Banga

Produk Kraftangan Penan Long Banga

Perjumpaan Di Long Peluan

Perjalanan Ke Long Lamai

Perjumpaan Di Long Lamai

Permainan Muzik Penan Di Long Lamai

Perjumpaan Di Long Sepigen

Perjumpaan di Long Sait







Monday, December 28, 2009

PAMERAN ADIGURU KRAF

Bahagian Pemuliharaan Kraf Cawangan Sarawak akan mengadakan Pameran Adiguru Kraf dan hasil kraftangan pribumi Sarawak bersempena dengan Sambutan Ulangtahun Ke-30 Sumpah Budayawan Dan Seniman Muda SEDAR Sarawak di Kompleks Dewan Undangan Negeri (Lama) di Petra Jaya Kuching pada 30 - 31 Disember 2009.

Selain daripada pameran kraftangan terdapat juga pameran lain seperti fotografi yang memaparkan Sejarah Sumpah Budayawan,fotografi kegiatan pengiat seni seperti tarian, teater, seni lukis dan jualan kuih-kuih tradisional.

Pelbagai aktiviti akan diadakan seperti pertandingan karaoke, forum dan acara kerohanian sepanjang program ini dijalankan.

Program ini akan dirasmikan oleh Y.B. Datuk Amar Haji Abang Johari bin Tun Abang haji Openg, Menteri Pembangunan Perumahan Dan Bandar Sarawak dan Majlis Penutupan akan dilakukan oleh Y.B. Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan, Menteri Perancangan Dan Pengurusan Sumber II, Menteri Kemudahan Awam.

Thursday, December 24, 2009

PROGRAM PROMOSI FESTIVAL SATOK 2009


Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak akan menyertai Promosi Festival Satok 2009 bertempat di Komplek Pelancongan Sarawak pada 25 - 27 Disember 2009 dari jam 0900 pagi hingga 10 malam.

Festival Satok 2009 adalah anjuran Persatuan Koordinasi Pelancongan Satok dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuchign Utara (DBKU)dan KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak. Festival Satok 2009 dijangka akan dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Amar Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg.

Seramai 9 orang usahawan kraf tempatan akan terlibat membuat jualan dan pameran pelbagai kraf etnik dan batik daripada Sarawak. KRAFTANGAN MALAYSIA juga akan mengadakan demo dan interaktif batik. Pengunjung yang datang boleh melihat dan mencuba sendiri cara dan bagaimana membuat batik di samping boleh membeli hasil kraftangan tempatan.

Festival Satok 2009 akan turut disertai oleh pelbagai agensi seperti DBKU, Kementerian Pelancongan Sarawak pelbagai usahawan yang akan mengenegahkan hasil produk mereka.

Datanglah beramai-ramai................!!!!!

Monday, December 14, 2009

BENGKEL REKAAN KRAF (Rekabentuk Dan Pengeluaran Produk Anyaman)

KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak sedang mengadakan Bengkel Rekaan Kraf (Rekabentuk Dan Pengeluaran Produk Anyaman)selama 5 (lima) hari bermula 12 - 16 Disember 2009 bertempat di Bilik Kuliah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak, Jalan Stadium, Petra Jaya, Kuching.

Seramai 22 orang peserta bengkel yang terlibat terdiri daripada pereka Bahagian Rekaan Ibu Pejabat, pereka Cawangan dan pengusaha anyaman Trengganu,Sabah, Pahang, Negeri Sembilan dan Sarawak.

Bengkel ini akan melihat kreativiti setiap pereka dan usahawan berkongsi idea serta pengalaman di dalam menghasilkan pelbagai rekabentuk daripada produk anyaman.

GAMBAR-GAMBAR HARI KETIGA BENGKEL (14 Disember 2009 - Isnin)
PRODUK YANG TELAH DIHASILKAN

PESERTA-PESERTA YANG SEDANG MENYIAPKAN PRODUK MEREKA