Miri, Sarawak – Pejabat Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi Dan Kepenggunaan (PPDNKK) sekali lagi telah menganjurkan Ekspo Beli
Barangan Malaysia 2012 pada 22 hingga 25 November 2012 bertempat di Bintang
Megamall, Miri, Sarawak. Pihak Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak telah
dijemput untuk menyertai aktiviti jualan di mana Kraftangan Malaysia merupakan
salah satu agensi di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan
Malaysia (KPKK). Majlis ini telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Encik Lawrence Lai Yew Son, Datuk Bandar Majlis Bandaraya
Miri pada 22 November mulai pukul 2.30 petang.
Ekspo ini bertujuan membantu merancakkan
pertumbuhan ekonomi negara di samping meningkatkan perbelanjaan domestik di
kalangan masyarakat serta mempromosi dan meningkatkan kesedaran masyarakat
tentang produk tempatan yang variasi dan bermutu tinggi setanding dengan produk
luar negara.
6 usahawan kraf Sarawak dalam bidang hasil rimba,
tekstil, logam dan seramik terlibat di mana usahawan memasarkan terus produk
kraf kepada pengguna di samping mencari pasaran baru. Usahawan yang terlibat dalam ekspo ini :
Bil.
|
Nama Usahawan / Syarikat
|
Bidang Kraf
|
Produk Kraf
|
1
|
Malek Batik
|
Tekstil
|
Batik Painting
|
2
|
Noel Batik
|
Tekstil
|
Batik Painting
|
3
|
Johnny Barangan
|
Logam
|
Senjata Tradisional
|
4
|
Edmund Pawie
|
Hasil Rimba
|
Anyaman Rotan
|
5
|
Ros Handicraft
|
Aneka Kraf
|
Aksesoris Manik
|
6
|
Mirit Tai
|
Hasil Tanah
|
Manik Seramik
|
Usahawan yang dipilih adalah usahawan yang boleh
berdikari dan dapat membiayai sendiri kos yang terlibat dalam promosi ini
serta mereka juga berkemampuan untuk membuat perundingan bagi tempahan dan
pengeluaran.
Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!
ReplyDeleteGiaonhan247 chuyên dịch vụ mua hàng mỹ từ dịch vụ order hàng mỹ hay nhận mua nước hoa pháp từ website nổi tiếng hàng đầu nước Mỹ mua hàng ebay ship về VN uy tín, giá rẻ.