Kuching, Sarawak – Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak telah mengadakan
Promosi Kraf Malaysia 2012 yang bermula pada 8 hingga 18 November 2012 (11
hari) bertempat di Boulevard Shopping Mall, Kuching, Sarawak dengan kerjasama pengurusan
pusat beli belah Boulevard Shopping Mall dan agensi KPKK iaitu Jabatan
Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sarawak (JKKNS). Promosi ini merupakan pertama kali diadakan di pusat beli belah yang
terpilih di Sarawak selain promosi yang pernah diadakan di Kuching Waterfront,
Kuching dan Miri Handicraft Centre, Miri
dengan penyertaan usahawan seramai 14 usahawan dari negeri Sarawak.
Gambar atas dari kiri - Kraf Penan, Victoria's Enterprise & Peecraft Gambar bawah dari kiri - WADESA, Olumis Enterprise & Belian Ironwood |
Promosi Kraf Malaysia 2012 berteraskan konsep “Satu Malaysia” yang menerapkan nilai-nilai kebersamaan dan kekitaan dalam keluarga besar dengan mengetengahkan kepelbagaian produk kraf tempatan yang dihasilkan oleh pelbagai kaum di Malaysia termasuk masyarakat etnik Sabah dan Sarawak.
Acara pertandingan mewarna |
Bertemakan “Beli Kraf Malaysia” ,kempen ini
bertujuan menggalakkan masyarakat Malaysia dalam memakai dan menggunakan produk
kraf buatan tempatan sebagai satu gaya hidup dan bagi menyemarakkan kembali
cintakan seni warisan kraf tempatan di kalangan generasi muda.
Gambar atas dari kiri - Dabaru Enterprise, Rinda Craft & Borneo Oricraft Company Gambar bawah dari kiri - Khailida Craft Enterprise & Tradelinks Management System |
Selaras
dengan Promosi Kraf Malaysia
2012 ini,
beberapa aktiviti telah diadakan antaranya ialah jualan produk kraf, pendidikan
secara interaktif dan persembahan kesenian serta aktiviti sokongan seperti pertandingan
karaoke dan pertandingan mewarna.
Acara persembahan kebudayaan oleh agensi KPKK, Jabatan Kesenian & Kebudayaan Negeri Sarawak (JKKNS) |
14 usahawan kraf Sarawak dalam bidang hasil
rimba, tekstil, hasil tanah dan aneka kraf terlibat di mana usahawan memasarkan
terus produk kraf kepada pengguna di samping mencari pasaran baru. Usahawan yang terlibat dalam promosi ini :
Bil.
|
Nama Usahawan / Syarikat
|
Bidang Kraf
|
Produk Jualan
|
1
|
Sandora Craft Collection
|
Tekstil
(Batik)
|
Pakaian siap
|
2
|
Borneo Oricraft Company
|
Tekstil
(Pua)
|
Hiasan & kelengkapan
|
3
|
Bangi Embol
|
Tekstil
(Pua)
|
Hiasan & kelengkapan
|
4
|
Johiam Jitui
|
Tekstil
(Jahitan)
|
Pakaian siap
|
5
|
Belian Ironwood
|
Hasil Rimba
(Kayu)
|
Kayu hanyut
|
6
|
Imor Handicraft
|
Hasil Rimba
(Rotan)
|
Anyaman rotan
|
7
|
Kop. Kraftangan Abit Serian
|
Hasil Rimba
(Rotan)
|
Anyaman rotan
|
8
|
B-Jang Creative Art & Craft
|
Hasil Rimba
(Pelbagai)
|
Hadiah & cenderamata
|
9
|
Victoria Enterprise
|
Hasil Tanah
(Kaca/Kristal)
|
Perhiasan diri
|
10
|
Tradelinks Management System
|
Hasil Tanah
(Seramik)
|
Perhiasan diri
|
11
|
Dabaru Enterprise
|
Aneka Kraf
(Aksesoris)
|
Perhiasan diri
|
12
|
Olumis Enterprise
|
Aneka Kraf
(Aksesoris)
|
Perhiasan diri
|
13
|
Rinda Craft
|
Aneka Kraf
(Aksesoris)
|
Perhiasan diri
|
14
|
Peecraft
|
Aneka Kraf
(Aksesoris)
|
Perhiasan diri
|
Pertandingan karaoke "Bintang Suara Emas" yang dikendalikan oleh pihak JKKNS |
Juri & pengacara pertandingan karaoke oleh pihak JKKNS |
Pendidikan secara interaktif |
Pemandangan sekitar aktiviti yang berlangsung di Boulevard Shopping Mall |
Peserta kanak-kanak yang bertanding dalam pertandingan mewarna |
Kehebatan peserta ini menyumbangkan lagu dalam pertandingan karaoke ini |
Pemandangan sekitar booth jualan usahawan |
Sekitar para pengunjung di pusat beli belah ini mengunjungi booth usahawan kraf |
No comments:
Post a Comment