Tenaga
Pengajar, Staf Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak dan
Para Peserta BT
|
Baru-baru ini pada
tarikh 26-29 November 2013, KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak melalui
Bahagian Usahawan telah bekerjasama dengan Unit Pembangunan Usahawan Bumiputera
Kerajaan Negeri Sarawak bagi melaksanakan aktiviti Bimbingan Teknikal (Hiasan
Permukaan) di Kampung Siru, Sematan.
Ianya
telah diselaraskan oleh 2 orang anggota kerja bersama seorang tenaga pengajar
pakar jemputan dalam bidang hiasan permukaan iaitu Encik Jefry bin Morshidi.
Program ini telah disertai seramai 19 orang penduduk tempatan yang
kebanyakannya terdiri daripada golongan belia dan beberapa orang dewasa.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi bimbingan
kepada pengusaha dan penduduk tempatan dalam memberi nilai tambah kepada
hasilan produk siput supaya mendapat tempat di hati pembeli tempatan dan orang
luar. Di samping itu, diharap agar para belia dapat membantu para pengusaha
yang sedia ada dalam pengeluaran produk siput mereka dan tujuan lain nya adalah
untuk memupuk minat belia dalam bidang kraftangan serta memupuk minat mereka
menjadi usahawan pada masa akan datang.
.
Hari
Pertama
26.11.2013
|
a.
Pengenalan kepada bahan
dan peralatan
-
Penyesuaian kepada
penggunaan bahan mengikut rekaan
- Penggunaan peralatan yang
sesuai
b.
Pengenalan serta
mengenalpasti teknik dan kaedah tulisan tangan
c. Pembahagian kumpulan
-
Gerak Kerja 1: menyediakan
produk mengikut rekaan
|
Hari
Kedua
27.11.2013
|
a. Sambungan Gerak Kerja 2
- Penekanan kepada teknik
pemasangan/penghasilan
- Pemilihan siput yang sesuai
- Pemilihan bahan dan warna yang sesuai
|
Hari
Ketiga
28.11.2013
|
a. Sambungan Gerak Kerja 3
- Penekanan teknik pemasangan
magnet
-
Pemilihan siput yang
sesuai
-
Pemilihan bahan dan warna
yang sesuai
|
Hari
Keempat
29.11.2013
|
a. Sambungan Gerak Kerja 4
- Penilaian
|
GAMBAR-GAMBAR BERKAITAN
- Bahan Mentah Yang Digunakan
No comments:
Post a Comment