Wednesday, October 28, 2009

LAWATAN PELAJAR SK BATU LINTANG

Rabu, 28 Oktober 2009. Seramai 140 orang pelajar Tahun 4, 5 & 6 serta 13 orang guru pengiring dari Sekolah Kebangsaan Batu Lintang, Jalan Kolej, Kuching telah melakukan lawatan ke KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak. Pelajar-pelajar telah dibawa untuk melihat sendiri gerakerja usahawan Skim Inkubator Keringkam, Tenunan Songket, Batik Tulis, Seramik, ukiran kayu dan jahitan beg. Sepanjang tempoh 2 jam berada di KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak pelajar-pelajar telah didedahkan dan melakukan gerakerja mencanting Batik dan Sulaman Manik. Jelas terbayang keseronokan serta minat pelajar-pelajar yang mengikuti aktiviti ini.

No comments:

Post a Comment