Tuesday, October 16, 2012

PENDIDIKAN KRAF MEGA - "KRAF BERSAMA ANDA"

Sekali lagi Bahagian Pemuliharaan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak telah mengadakan siri PENDIDIKAN KRAF MEGA yang bertemakan "KRAF BERSAMA ANDA".

Siri Pendidikan kraf ini telah melibatkan 511 orang murid-murid Pasca UPSR 2012 dan guru-guru sekolah rendah. Sekolah-sekolah yang terlibat adalah seperti berikut;

i.     3 Oktober 2012 (Rabu)      -  SK Gita 2 ( 110 murid dan Guru)
ii.    4 Oktober 2012 (Khamis)  -  SK Rakyat Haji Bolhassan (80 murid dan Guru)
iii.   9 Oktober 2012 (Selasa)   -  SK Rakyat Tupong (79 murid dan Guru)
iv. 11 Oktober 2012 (Khamis)  -  SK Buntal (75 murid dan Guru)
v.  16 Oktober 2012 (Selasa)   -  SK Encik Buyong (167 murid dan Guru)

Matlamat utama aktiviti ini adalah memberi  kesedaran dan keyakinan diri murid-murid terhadap seni kreatif . Melalui program ini pelajar-pelajar telah diberi taklimat mengenai KRAFTANGAN MALAYSIA serta berpeluang mengalami dan membuat sendiri kraf yang diajarkan.

Program ini telah menarik minat dan merupakan pengalaman baru  kepada semua pelajar di samping menanam rasa cinta terhadap seni warisan bangsa yang menjadi lambang jati diri ke arah memertabatkan kraf kita.

SK GITA 2
 
SK GITA 2

SK RAKYAT HAJI BOLHASSAN


SK RAKYAT HAJI BOLHASSAN

SK RAKYAT TUPONG

SK RAKYAT TUPONG


SK BUNTAL

SK BUNTAL


SK ENCIK BUYONG

SK ENCIK BUYONG
 
SK ENCIK BUYONG
 
SK ENCIK BUYONG

Monday, October 1, 2012

MAJLIS PERASMIAN ISEND-WEFT 2012

27 September 2012 (Khamis) : Majlis Perasmian ISEN-WEFT 2012 telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Maglin D' Cruz, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan Malaysia mewakili Yang Berhormat Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan Malaysia. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Yang Berhormat Puan Hajah Nancy Shukri, Yang Berbahagia Encik Mohd. Kamil bin Mohd. Ali, Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia dan Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Pusat dan Negeri.


Dari kiri YBhg. Encik  Mohd. Kamil Mohd. Ali, Ketua Pengarah PKKM, YB Sanator Datuk Maglin D'Cruz Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi & Kebudayaan Malaysia dan Encik Edric Ong.

Dari kiri Encik Edric Ong YBhg. Datin Margaret A. Joseph Fernandz, YB Sanator Datuk Maglin D'Cruz Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi & Kebudayaan Malaysia, YB Puan Hajah Nancy Shukri dan YBhg. Encik Mohd. Kamil Mohd. Ali,
Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 

Jemputan yang hadir

Penyampaian cenderamata oleh YB Puan Hajah Nancy Shukri kepada YB Sanator Datuk Maglin D'Cruz Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi & Kebudayaan Malaysia 

Lawatan ke tapak pameran
 
 

"PILOT" MENGAKHIRI TUGASNYA

1 Oktober 2012 (Isnin) : Pada 28 September 2012 berakhirlah khidmat seorang 'pilot' di PKKM Cawangan Sarawak. Sumbangan beliau dengan PKKM Cawangan Sarawak amat dihargai.

Sdr. Alok Aeong
 
Sdr. Alok Aeong memberi kata-kata aluan diakhir perkhidmatannya

Penyampaian cenderamata oleh Pengarah, Encik Sahaimi Abdul Manaf

Berakhirnya khidmat seorang 'pilot' dengan PKKMCS