Sunday, January 25, 2015

MAKMAL REKAAN PRODUK JAHITAN BEG HASIL RIMBA SEMPENA HKK’15

SANTUBONG, SARAWAK – Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak iaitu Unit Rekaan bersama Unit Usahawan telah mengadakan Makmal Rekaan Produk Jahitan Beg Hasil Rimba sempena Hari Kraf Kebangsaan 2015 (HKK’15) di One Hotel Santubong (Santubong Resort) pada 11 hingga 14 Januari 2015 selama 4 hari 3 malam. Seramai 20 usahawan kraf terlibat dari bidang hasil rimba & tekstil.


Antara beberapa coretan semasa majlis ini berlangsung….

Kakitangan dan usahawan bertukar-tukar pendapat
Penerangan tentang konsep dan tema
Penghasilan 'pattern'
Penghasilan rekaan
Perbincangan rekaan dan sesi kritik
Peserta makmal rekaan
Seramai 20 org usahawan terlibat yg melibatkan bidang hasil rimba dan tekstil
Sesi perkembangan idea
Usahawan menerangkan rekaan masing-masing

MAJLIS MENANDATANGAN & PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN ADIGURU KRAF 2014 – ANYAMAN TIKAR BERGERANG


SADONG JAYA, KOTA SAMARAHAN – Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak telah mengadakan Majlis Menandatangan & Penyerahan Watikah Perlantikan Adiguru Kraf 2014 dalam bidang Anyaman Tikar Bergerang oleh Puan Ngot binti Bi di Kampung Semera Ulu, Sadong Jaya, Asajaya, Sarawak pada 19 Januari 2015 (Isnin) baru-baru ini. Majlis tersebut disempurnakan oleh YB. Ir Aidel Lariwoo, ADUN N.20 Sadong Jaya dan dihadiri bersama Puan Ruslah binti Khalid, Pengarah Bahagian Pemuliharaan Ibupejabat serta Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak, Encik Azran bin Arip.

Penyampaian watikah perlantikan Adiguru Kraf 2014 oleh YB. Ir Aidel Lariwoo,
ADUN N.20 Sadong Jaya
Majlis ini diadakan bagi memberi penghormatan & pengiktirafan kepada beliau iaitu Puan Ngot binti Bi dalam seni pembuatan kraf warisan Sarawak ‘Anyaman Tikar Bergerang’ kerana ketekunan & keyakinan beliau di dalam menghasilkan anyaman Tikar Bergerang yang bermutu serta kemas dengan motif-motif alam semulajadi menjadikan pembuatan Tikar Bergerang beliau diminati oleh pelbagai pihak. Di atas usaha & keunikan Tikar Bergerang tersebut, beliau pernah menerima anugerah ‘Seal of Excellent’ dari UNESCO pada tahun 2005.

Pemberian hadiah berupa cek kepada Puan Ngot binti Bi sebagai Adiguru Kraf 2014 dalam bidang anyaman tikar bergerang
Anugerah Adiguru Kraf ini diberi kepada seorang tokoh kraf (master craftmen) melalui pemilihan kriteria iaitu mempunyai pengetahuan & kemahiran tinggi dalam bidang kraf serta kepakaran dalam seni kemahiran ketukangan, penciptaan, pengubahan produk & pengeluaran barangan kraf warisan bangsa. Berperanan penting dalam usaha memulih & memelihara seni kraf warisan serta bersungguh-sungguh menurunkan kemahiran kepada kumpulan pelapis agar seni kraf warisan berkenaan mempunyai kesinambungan. Kreatif & inovatif dalam usaha memaju & meningkatkan kualiti produk kraf yang dihasilkan.

Penyampaian cenderamata kepada YB. Ir Aidel Lariwoo, ADUN N.20 Sadong Jaya oleh
Encik Azran Arip, Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak



Antara beberapa coretan semasa majlis ini berlangsung….