Tuesday, July 27, 2010

PROMOSI KRAF MALAYSIA 2010 SARAWAK

PROMOSI  KRAF MALAYSIA 2010 SARAWAK.....  
HEBAT!!!!!!!!!!
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak 2010 sedang mengadakan Promosi Kraf Malaysia 2010 yang telah bermula pada 24 Julai 2010 dan akan berakhir pada 1 Ogos 2010 diTebingan Sungai Kuching. 54 orang usahawan batik dan pelbagai aneka kraf tangan dari Kelantan, Terengganu, Melaka, Selangor dan Sarawak sedang berkampung di Tebingan Sungai Kuching dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Selain daripada Jualan Kraf terdapat beberapa aktiviti telah disusun seperti Pendidikan/Interaktif Kraf, Demonstrasi Kraf, Persembahan Kebudayaan dan Permainan Rakyat sedang diadakan.





Monday, July 26, 2010

PROGRAM MERENTAS KAMPUS 1 MALAYSIA PERINGKAT NEGERI SARAWAK

Bahagian Pemuliharaan KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak telah mengadakan Pameran Adiguru Kraf, jualan buku-buku kraf tangan dan baju batik 1 Malaysia di Ruang Legar, Panggung Eksperimen, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bersempena dengan Program Merentas Kampus 1 Malaysia Peringkat Negeri Sarawak pada 23 – 24 Julai 2010 anjuran Jabatan Penerangan Malaysia, Sarawak


Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg, Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar Sarawak. hhb…

GAMBAR SEPANJANG PROGRAM

(Tiga dari kanan) Yang Berhormat Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg, Menteri Perumahan Dan Pembangunan Sarawak melawat ruang pameran KRAFTANGAN MALAYSIA

Tetamu kehormat membuat melawat ruang pameran KRAFTANGAN MALAYSIA

Tuesday, July 20, 2010

PENDIDIKAN KRAF BERSAMA PELAJAR UiTM KAMPUS KOTA SAMARAHAN

Bahagian Pemuliharaan KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak telah mengadakan Pendidikan Kraf pada 17 Julai 2010 (Sabtu) @ 0830 pagi hingga 1630 petang. Aktiviti yang dijalankan adalah pendidikan kraf rotan, buluh, menyulam manik, membuat seramik dan mencanting batik serta penyampaian maklumat mengenai seni kraf warisan kepada 60 orang pelajar-pelajar Persatuan MeDIA (Diploma Perakauanan) Universiti Teknologi MARA Sarawak (UiTM) dan 4 orang Pensyarah pengiring.

Aktiviti ini membolehkan mereka memahami erti kesabaran, kesungguhan dan keyakinan serta menghilangkan stress seketika  apabila membuat kraf tangan yang diajarkan.

Melalui program ini pelajar-pelajar telah diberi maklumat mengenai KRAFTANGAN MALAYSIA serta berpeluang mengalami dan membuat sendiri kraf yang diajarkan.

Lawatan ini telah diketuai oleh Puan Susana Narawi, Ketua Program DIA dan Puan Azura Ahmad, Penasihat Persatuan MeDIA telah terlibat mengikuti gerak kerja menganyam rotan, buluh, menyulam manik, membuat seramik dan mencanting batik

Program ini telah menarik minat dan merupakan pengalaman baru kepada semua pelajar di samping menanam rasa cinta terhadap seni warisan bangsa yang menjadi lambang jati diri ke arah memertabatkan kraf kita.

Hasil daripada maklumbalas daripada peserta, keseluruhannya berpuashati mengikuti aktiviti ini dan berjaya menyiapkan produk yang diarahkan dan meminta agar aktiviti/program ini dapat diteruskan.     hhb...

                                                        GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI
                                                          Pelajar-pelajar mendengar taklimat


                                                                Lawatan ke Galeri Warisan


                                         Taklimat daripada Pegawai KRAFTANGAN MALAYSIA


                                                           Pendidikan Kraf Anyaman Buluh

         Pendidikan Kraf Pembuatan Pasu (Seramik)


                                                          Pendidikan Kraf Anyaman Rotan


                                                                             
                                                          Pendidikan Kraf Sulaman Manik

Wednesday, July 14, 2010

HARI BERTEMU PELANGGAN

Isnin, 12 Julai 2010. Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia telah mengadakan Hari Bertemu Pelanggan. Tidak terkecuali KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak. Beberapa aturcara telah disusun seperti ceramah Pengaduan Awam dan Pendidikan Kraf.

Bahagian Pemuliharan telah mengadakan Pendidikan Kraf Batik Canting dan disertai oleh 15 orang pelajar serta 2 orang guru pengiring Sekolah Seni Kuching. hhb...

                                            Gambar-Gambar Pendidikan Kraf - Batik Canting
                                                           Lawatan ke Pusat Inkubator Kraf

                                              Pelajar sedang melakukan gerak kerja mewarna batik

Guru dan Pelajar bergambar bersama hasil kerja yang telah dilakukan
Usahawan Kraf yang mengikuti sesi ceramah Pengaduan Awam

Monday, July 5, 2010

PROGRAM PENDIDIKAN KRAF - BATIK CANTING

Pada 3 Julai 2010, Selasa : Bahagian Pemuliharaan KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak telah mengadakan aktiviti Pendidikan Kraf Batik Canting untuk pelajar dan guru-guru Panitia Pendidikan Seni Visual (PSV) bertempat di SK (A) Datuk Haji Abdul Kadir Hassan.


Seramai 10 orang pelajar dan 10 orang guru telah menyertai aktiviti ini. Pendidikan Kraf telah ditunjuk ajar oleh Puan Hajah Saptuyah Edon dan dibantu oleh Puan Udaidah Haji Suhaili.

Keseluruhan komen yang diberikan menyatakan aktiviti ini amat berguna dan menyeronokkan dan berharap agar KRAFTANGAN MALAYSIA dapat mengadakan lagi aktiviti sedemikian pada masa akan datang.. hhb…
GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG AKTIVITI
Kerja-kerja mencanting sedang dilakukan

 Guru dan pelajar sedang melakukan gerak kerja mewarna

 Hasil kerja yang telah dibuat oleh pelajar dan guru


PAMERAN BCCC PADA HARI KOPERASI SMK TUNKU ABDUL RAHMAN

Pada 1 dan 2 Julai 2010 (Khamis & Jumaat) : Bahagian Pemuliharaan KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak menyelaras demonstrasi Sulaman Keringkam dan Tenunan Pua Kumbu semasa menyertai Pameran British Council Connecting Classroom (BCCC) pada hari Koperasi SMK Tunku Abdul Rahman, Kuching.

Demonstrasi ini adalah bertujuan memberi pendedahan serta menyampaikan maklumat kepada pelajar-pelajar tentang warisan seni kraf tangan sulaman keringkam dan tenunan pua cara dan bagaimana ianya dihasilkan disamping jualan buku-buku terbitan KRAFTANGAN MALAYSIA.

Demonstrasi yang dilakukan berjaya menarik minat pelajar sekolah untuk mendalami seni kraf tangan di samping menanam minat dan cintakan seni kraf tangan warisan kita. Ini dapat dilihat pelbagai pertanyaan dan persoalan daripada pelajar-pelajar yang diajukan kepada demonstreter. hhb...

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR AKTIVITI

                         Datin Evelyn Ritikos, State Coordinator British Council Connecting Clasroom Programme,
                                                         tetamu jemputan dan pelajar-pelajar membuat lawatan.

                       Pelajar-pelajar memberi tumpuan melihat sulaman keringkam dan tenunan pua kumbu dibuat


    Pelajar-pelajar melihat demonstrasi tenunan pua kumbu

Thursday, July 1, 2010

PROGRAM PENDIDIKAN KRAF BATIK UNTUK GURU-GURU PENDIDIKAN SENI ZON A

Selasa, 29 Jun 2010 : Bahagian Pemuliharaan KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak telah mengadakan Program Pendidikan Kraf Batik untuk Guru-Guru Pendidikan Seni Zon A dengan kerjasama Majlis Guru Besar Daerah Kuching di Dewan SK Merpati Jepang, Kuching.

Program Pendidikan Kraf Batik adalah merupakan pendedahan awal kepada guru-guru Pendidikan Seni untuk mempelajari cara dan bagaimana mencanting dan mewarna batik disamping menjual dan mempromosi buku-buku terbitan KRAFTANGAN MALAYSIA bagi kegunaan Panitia Seni Visual (PSV) sekolah. Ini membolehkan mereka mengajar dan menyampai maklumat kepada pelajar.

Seramai 2 orang guru lelaki dan 23 guru perempuan Pendidikan Seni dari pelbagai sekolah rendah SK dan SJC sekitar Zon A telah hadir dan mengambil bahagian.

Guru-guru telah diberi penerangan mengenai Visi, Misi dan Objektif KRAFTANGAN MALAYSIA serta fungsi Bahagian Pemuliharaan Kraf Cawangan Sarawak serta makluman mengenai keluaran buku-buku terbitan KRAFTANGAN MALAYSIA. Manakala gerak kerja telah ditunjuk ajar oleh 2 orang tenaga pengajar kraf Cawangan. Guru-guru telah diarahkan untuk membuat hiasan dinding secara bebas.

Sepanjang gerak kerja yang dilakukan guru-guru telah memberi perhatian yang sepenuhnya dan berjaya menghasilkan sebuah hiasan dinding.

Hasil daripada pemerhatian yang dibuat program ini amat membantu KRAFTANGAN MALAYSIA untuk memperkenalkan pelbagai seni kraf kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah melalui guru-guru seni mereka.

Maklum balas daripada beberapa guru yang mengambil bahagian mengharapkan agar program ini dapat dipeluaskan serta diteruskan lagi kepada guru-guru seni dan pelajar-pelajar untuk menanamkan minat mereka kepada seni kraf tempatan. hhb..

                                    GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI YANG DIJALANKAN

Gerak kerja mencanting dilakukan oleh guru-guru

Pengarah KRAFTANGANMALAYSIA cawangan Sarawak, Encik Sahaimi Abdul Manaf sedang memerhati gerak kerja yang dilakukan oleh guru
Kerja -kerja mewarna dilakukan

Guru-guru bergambar beramai-ramai dengan hasil kerja mereka