Friday, October 15, 2010

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KELAB PENABUNG MUDA BANK SIMPANAN NASIONAL SARAWAK 2010

SABTU, 9 Oktober, 2010 : Seramai 42 orang pelajar-pelajar dari pelbagai sekolah yang menyertai Kelab Penabung Muda Bank Simpanan Nasional Sarawak 2100 bersama 9 orang anggota kerja Bank Simpanan Nasional yang diketuai oleh Encik Rali b. Wi telah membuat lawatan sambil belajar ke KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak. Rombongan telah dibawa melawat Geleri Muzium dan Usahawan Skim Pengeluaran Inkubator Kraf.
                                                      GAMBAR-GAMBAR LAWATAN
Pelajar-pelajar pelbagai sekolah yang menyertai Kelab Penabung Muda BSN Sarawak 2010 bersama anggota kerja BSN




Friday, October 8, 2010

PENDIDIKAN KRAF BERSAMA PELAJAR PASCA UPSR SK GITA NO.2

RABU, 6 Oktober 2010 : KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak melalui Bahagian Pemuliharaan telah mengadakan Pendidikan Kraf di bawah Program Citra Warisan Kraftangan Sekolah Kebangsaan Gita No. 2 kepada murid-murid PASCA UPSR 2010.  Ianya bertujuan mengajar asas menganyam rotan, buluh, menyulam manik, membuat seramik dan mencanting batik di samping menyemai bakat dan mengajak mereka mencintai kraf warisan. Ini membolehkan mereka memahami erti kesabaran, kesungguhan dan keyakinan dalam membuat kraf tangan yang diajarkan.

Seramai 90 orang murid di Tahun 6 dan 6 orang Guru Pengawas telah terlibat mengikuti gerak kerja menganyam rotan, buluh, menyulam manik, membuat seramik dan mencanting batik telah dilaksanakan. Pendidikan Kraf ditunjukajar oleh 8 orang anggota kerja PKKMCS sebagai tenaga pengajar.

Melalui program ini pelajar-pelajar telah diberi maklumat mengenai KRAFTANGAN MALAYSIA serta berpeluang mengalami dan membuat sendiri kraf yang diajarkan.

Program ini telah menarik minat dan merupakan pengalaman baru kepada semua pelajar di samping menanam rasa cinta terhadap seni warisan bangsa yang menjadi lambang jati diri ke arah memertabatkan kraf kita. Hasil daripada maklumbalas daripada peserta, keseluruhannya berpuashati mengikuti aktiviti ini dan berjaya menyiapkan produk yang diarahkan dan meminta agar aktiviti/program ini dapat diteruskan. Hhb..

GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI YANG DIJALANKAN

Tenaga pengajar yang terdiri anggota kerja KRAFTANGAN MALAYSIA dari kiri Hjh. Saptuyah,Leha, Prida,Udaidah, Cikgu Abdul Latif (Guru Besar SK Gita 2), Haironi (Penyelaras), Ismail, Junaidi, Brahim dan Hjh. Hapipah(tidak ada dalam gambar)
Pelajar-pelajar yang mengambil bahagian dalam Citra Warisan Kraftangan

BIDANG KRAF - ANYAMAN ROTAN


BIDANG KRAF - SULAMAN MANIK


BIDANG KRAF - ANYAMAN BULUH


BIDANG KRAF - SERAMIK



BIDANG KRAF - BATIK CANTING


MAJLIS PENUTUPAN RASMI 
 
Lawatan oleh Wakil Pengarah Pendidikan Daerah Kuching, Puan Fiziah Abdulah (tiga dari kiri) melihat hasil kerja
yang telah dibuat oleh pelajar

Semua pelajar bergambar bersama Wakil Pengarah Pendidikan Daerah Kuching, Guru Besar SK Gita No. 2, Guru-Guru dan
Tenaga Pengajar KRAFTANGAN MALAYSIA


Monday, October 4, 2010

PROGRAM PENDIDIKAN KRAF bersama PELAJAR UiTM SARAWAK

KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak melalui Bahagian Pemuliharaan telah mengadakan Pendidikan Kraf pada 2 Oktober 2010 (Sabtu). Ianya bertujuan mengajar asas menyulam manik, membuat seramik dan mencanting batik serta menyampaikan maklumat mengenai seni kraf warisan.

Seramai  30 orang pelajar-pelajar Program Diploma Pengurusan Pelancongan Universiti Teknologi MARA Sarawak (UiTM) yang di Ketuai oleh Puan Dayang Sandrawati bt Abang Josmani dan Puan Patricia Melvin Jussem serta 3 orang Pensyarah pengiring. Ini membolehkan mereka memahami nilai erti kesabaran, kesungguhan dan keyakinan dalam membuat kraf tangan yang diajarkan.

Program ini telah menarik minat dan merupakan pengalaman baru kepada semua pelajar di samping menanam rasa cinta terhadap seni warisan bangsa yang menjadi lambang jati diri ke arah memertabatkan kraf kita. Hasil daripada maklumbalas daripada peserta, keseluruhannya berpuashati mengikuti aktiviti ini dan berjaya menyiapkan produk yang diarahkan dan meminta agar aktiviti/program ini dapat diteruskan. Hhb..

                                                          GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI

Pelajar mendengar taklimat mengenai Kraftangan Malaysia oleh Encik Haironi b Haji Bohari (dua dari kanan) dan
Puan Dayang Sandrawati bt Abang Josmani – Ketua Program Pengurusan Pelancongan UiTM (lima dari kanan)


                                                           Lawatan ke Bilik Pameran dan Geleri Warisan

                                                                   SULAMAN MANIK

Pelajar yang telah berjaya menyiapkan sulaman manik

BATIK CANTING

Pelajar yang telah berjaya menyiapkan batik canting


     SERAMIK

 Pelajar yang telah berjaya menyiapkan hasil kerja mereka

GAMBAR BERAMAI-RAMAI