RABU, 6 Oktober 2010 : KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak melalui Bahagian Pemuliharaan telah mengadakan Pendidikan Kraf di bawah Program Citra Warisan Kraftangan Sekolah Kebangsaan Gita No. 2 kepada murid-murid PASCA UPSR 2010. Ianya bertujuan mengajar asas menganyam rotan, buluh, menyulam manik, membuat seramik dan mencanting batik di samping menyemai bakat dan mengajak mereka mencintai kraf warisan. Ini membolehkan mereka memahami erti kesabaran, kesungguhan dan keyakinan dalam membuat kraf tangan yang diajarkan.
Seramai 90 orang murid di Tahun 6 dan 6 orang Guru Pengawas telah terlibat mengikuti gerak kerja menganyam rotan, buluh, menyulam manik, membuat seramik dan mencanting batik telah dilaksanakan. Pendidikan Kraf ditunjukajar oleh 8 orang anggota kerja PKKMCS sebagai tenaga pengajar.
Melalui program ini pelajar-pelajar telah diberi maklumat mengenai KRAFTANGAN MALAYSIA serta berpeluang mengalami dan membuat sendiri kraf yang diajarkan.
Program ini telah menarik minat dan merupakan pengalaman baru kepada semua pelajar di samping menanam rasa cinta terhadap seni warisan bangsa yang menjadi lambang jati diri ke arah memertabatkan kraf kita. Hasil daripada maklumbalas daripada peserta, keseluruhannya berpuashati mengikuti aktiviti ini dan berjaya menyiapkan produk yang diarahkan dan meminta agar aktiviti/program ini dapat diteruskan. Hhb..
GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI YANG DIJALANKAN
Pelajar-pelajar yang mengambil bahagian dalam Citra Warisan Kraftangan
BIDANG KRAF - ANYAMAN ROTAN
BIDANG KRAF - SULAMAN MANIK
BIDANG KRAF - ANYAMAN BULUH
BIDANG KRAF - SERAMIK
BIDANG KRAF - BATIK CANTING
MAJLIS PENUTUPAN RASMI
Lawatan oleh Wakil Pengarah Pendidikan Daerah Kuching, Puan Fiziah Abdulah (tiga dari kiri) melihat hasil kerja yang telah dibuat oleh pelajar |
Semua pelajar bergambar bersama Wakil Pengarah Pendidikan Daerah Kuching, Guru Besar SK Gita No. 2, Guru-Guru dan Tenaga Pengajar KRAFTANGAN MALAYSIA |
No comments:
Post a Comment