Tuesday, January 28, 2014

MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA ANGGOTA KERJA PKKM CAWANGAN SARAWAK & MAJLIS PERSARAAN ANGGOTA KERJA


KUCHING, SARAWAK - Kelab Sukan & Kebajikan Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak (KSKKMCS) telah mengadakan Majlis Makan Malam Bersama Anggota Kerja PKKM Cawangan Sarawak dan Majlis Persaraan Anggota Kerja Encik Brahim Saidi bertempat di Dewan Suarah Kuching pada 10hb Januari 2014 (Jumaat) baru-baru ini. Majlis makan malam ini dihadiri oleh Tuan Pengarah PKKM Cawangan Sarawak Encik Sahaimi Abd Manaf, anggota kerja bersama ahli keluarga serta rakan-rakan bekas pesara yang pernah berkhidmat sebelum ini.

Dari kanan : Penasihat KSKKMCS En. Sahaimi Abd Manaf
Dari kiri : Pengerusi KSKKMCS En. Fuad Ariffin

Majlis makan malam ini diadakan bagi memberi penghargaan kepada anggota kerja yang berkhidmat dengan PKKM Cawangan Sarawak yang banyak memberi sumbangan dan khidmat serta bertungkus lumus dalam memberi mutu perkhidmatan kerja yang baik. Tidak dilupakan kepada rakan-rakan bekas pesara yang pernah berkhidmat dengan PKKM Cawangan Sarawak sekian lama dan diucapkan terima kasih kerana sudi hadir ke majlis makan malam ini.

Hadiah penghargaan kepada bekas pesara serta pegawai yang pernah berkhidmat dengan Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak

Sehubungan dengan majlis makan malam ini disertakan bersama Majlis Persaraan Anggota Kerja PKKM Cawangan Sarawak, Encik Brahim Saidi berjawatan Pengajar Kraf E17 dalam bidang kraf rotan yang telah berkhidmat hampir 33 tahun (1981 – 2014) dengan Kraftangan Malaysia amnya. Segala sumbangan, khidmat dan ilmu yang diberi oleh beliau akan tersemat di kalangan anggota kerja PKKM Cawangan Sarawak dan khusus kepada anggota kerja baru yang berkhidmat sebagai dorongan untuk bekerja dengan lebih baik.

Selamat bersara kepada saudara En. Brahim Saidi yang telah berkhidmat sekian lama di Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak

Di samping itu, acara Majlis Sambutan Hari Jadi Anggota Kerja pada bulan Julai hingga Disember 2013 juga diadakan bagi merai anggota kerja yang lahir pada bulan tersebut. 

Antara pegawai yang menyambut majlis hari lahir pada bulan Julai hingga Disember 2013

Antara coretan-coretan bergambar ketika majlis berlangsung.














No comments:

Post a Comment