Friday, February 28, 2014

PROGRAM BIMBINGAN TEKNIKAL(BT) PEWARNAAN BILAH ROTAN


Pada tarikh 5 hingga 8 Februari 2014, seramai tiga(3) orang kakitangan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM) Cawangan Sarawak dan dua (2) orang kakitangan Jabatan Ketua Menteri Sarawak telah menjalankan BT Pewarnaan Bilah Rotan selama 4 hari di Long Lamai, Baram, Miri Sarawak. Perjalanan dari Lapangan Terbang Miri ke Long Lamai adalah selama 12 jam menggunakan kenderaan pacuan empat roda. 

Kakitangan terlibat (PKKM)
      i. On Marzuki
     ii. Arabi Iri
    iii. Tony Rantai

Kakitangan Jabatan Ketua Menteri
      i.  Antony
     ii. Dawat 

Seramai 20 peserta dari kaum Penan telah mengikuti BT tersebut. Tujuannya adalah untuk memperkenalkan penggunaan berbagai warna pada produk siap selain warna-warna asli.

Aktiviti:

       a.    Mengajar tentang pemilihan bilah rotan
       b.    Mengajar cara mewarna rotan menggunakan warna moden dengan sukatan yang betul.
       c.    Membuat tempahan produk anyaman yang telah diwarnakan.
       d.    Menyampaikan bantuan peralatan merebus/warna dan bahan
       e.    Tinjauan pusat SRC
        f.     Mempelajari cara kaum Penan mewarna mengguna warna asli


Rentetan perjalanan BT (gambar-gambar berkaitan)

Selepas perjalanan darat perlu menaiki bot ke lokasi BT









Friday, February 21, 2014

LAWATAN SUSULAN SEMPENA HARI KRAF KEBANGSAAN(HKK) 2014


          Sekali lagi pada tarikh  28 hingga 29 Januari 2014, Pengarah Kraftangan Malaysia Caw. Sarawak, Encik Sahaimi Abd. Manaf bersama dua kakitangan iaitu Encik Haji On Haji Marzuki dan Encik Zaidi Mat telah ke  Bahagian Betong dan Sibu untuk mengadakan lawatan susulan dan tinjauan usahawan yang akan ke HKK 2014  disamping menghantar bantuan bahan mentah bagi aktiviti Operasi Pengeluaran(OP).

    Antara aktiviti yang dijalankan adalah memberi penerangan berkenaan HKK 2014  kerana kebanyakan usahawan adalah usahawan baru yang menyertai kraftangan dan HKK serta memerlukan tunjuk ajar di peringkat permulaan, mengenalpasti produk untuk jualan, membuat tempahan produk baru dan mengambil tempahan. Disamping itu, tinjauan ke Pusat Pembangunan Kraf Betong juga dilakukan(Projek pondok jaga).

          
    
Rentetan perjalanan BT (gambar-gambar berkaitan)













Thursday, February 13, 2014

TAKLIMAT PENGESAHAN PENYERTAAN USAHAWAN KRAF SARAWAK BAGI HARI KRAF KEBANGSAAN (HKK) 2014

Kuching, Sarawak – Pada 12 Februari 2014 (Rabu) bertempat di Bilik Mesyuarat PKKM Sarawak, pihak Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak melalui Unit Promosi telah mengadakan sesi taklimat pengesahan penyertaan usahawan kraf Sarawak bagi penyertaan Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2014 yang akan diadakan pada 26 Februari hingga 10 Mac 2014 (13 hari) bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay.


Sesi taklimat ini disempurnakan oleh Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak, Encik Sahaimi Abd Manaf dengan memberi kata-kata peransang dan ucapan tahniah kepada usahawan yang disahkan penyertaan untuk menyertai Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2014 ini.


Seramai 31 usahawan kraf Sarawak telah disahkan penyertaan dari Bah. Pasaran & Promosi Ibupejabat menyertai promosi yang kali ke dua belas (12) diadakan sejak tahun 2003. Program ini diadakan bagi memberi pengiktirafan kepada penglibatan dan sumbangan pengusaha dan penggiat seni kraf tempatan dalam membangunkan industri kraf negara.


Dalam sesi taklimat ini telah disampaikan oleh Ketua Unit Promosi & Pentadbiran, Puan Salmi Hj Mohd Isa dibantu oleh En Mohd Hafiz Mohd Hashim serta pegawai unit Rekaan & Usahawan yang lain.


Taklimat ini diadakan bagi memaklumkan kepada usahawan yang telah disahkan untuk menyertai promosi ini dan juga memberi sedikit makluman dan penerangan mengenai peraturan serta syarat-syarat semasa promosi ini berlangsung. Usahawan juga diminta bersedia dengan produk baru yang terbaik dan membuat persiapan awal yang sepatutnya untuk kali ini.

Berikut senarai usahawan kraf Sarawak yang menyertai Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2014 :


Antara coretan-coretan bergambar ketika taklimat :







SALAM TAKZIAH KEMBALINYA KE RAHMATULLAH PENGARAH BAHAGIAN PASARAN & PROMOSI


Kami warga kerja Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarharmah Puan Faezah bt. Ab. Aziz, Pengarah Bahagian Pasaran dan Promosi Ibu Pejabat yang telah kembali ke rahmatullah pada hari Rabu 12 Februari 2014. Semoga Allahyarharmah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Bersama-samalah kita sedekahkan al-fatihah keatas rohnya dan mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat hendaknya. Al-fatihah.

Tuesday, February 4, 2014

PROGRAM BIMBINGAN TEKNIKAL DI RH PANJANG MUJAH BINTULU

                           
          Pada tarikh 22 hingga 24 Januari 2014, beberapa kakitangan Pembangunan Usahawan telah menjalankan Bimbingan Teknikal Pembuatan Tangkai Bakul Rotan selama 4 hari di Rumah Panjang Mujah Bintulu, Sarawak. Seramai 12 orang peserta telah mengikuti BT tersebut dan 4 peserta  akan menyertai Hari Kraf Kebangsaan 2014 (HKK 2014).

          Kakitangan yang terlibat dalam pelaksanaan BT ialah;
          i. Hj On Bin Hj Marzuki
         ii. Brahim Saidi (Bekas Kakitangan )  
        iii. Puan Suri Jarau                                          
        iv. En Razali Pindot

          Antara aktiviti yang dijalankan adalah memberi tunjuk ajar berkenaan pembuatan berbagai tangkai bakul rotan, cara membengkok rotan serta cara mewarna bilah rotan pulo(isi rotan). Rekaan produk BT pula adalah dari bahagian R&D Ibu Pejabat.

          Sambutan yang diterima bagi aktiviti ini amatlah menggalakkan dan kebanyakan 
usahawan terlibat memerlukan perubahan dari segi rekaan, pasaran dan sokongan. Kebanyakan peserta menyatakan bahawa ini adalah satu pengalaman baru bagi mereka dan diharapkan ilmu yang diterima dimanfaatkan sepenuhnya. 
          
Rentetan perjalanan BT (gambar-gambar berkaitan)






Monday, February 3, 2014

HARI KRAF KEBANGSAAN 2014

Menghimpunkan produk kraf seluruh negeri yang berkualiti, berinovasi dengan rekaan motif-motif kraf yang terkini bagi kegunaan masyarakat tempatan dalam penggayaan hidup masa kini.

Anda dijemput untuk bersama-sama meriahkan acara tahunan sambutan Hari Kraf Kebangsaan 2014 yang ke-12. Saksikan hasil seni kraf tempatan dan temuilah usahawan-usahawan kraf dari seluruh Malaysia.

Semua dijemput hadir

Lawati di website http://hkk.kraftangan.gov.my