Thursday, February 13, 2014

TAKLIMAT PENGESAHAN PENYERTAAN USAHAWAN KRAF SARAWAK BAGI HARI KRAF KEBANGSAAN (HKK) 2014

Kuching, Sarawak – Pada 12 Februari 2014 (Rabu) bertempat di Bilik Mesyuarat PKKM Sarawak, pihak Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak melalui Unit Promosi telah mengadakan sesi taklimat pengesahan penyertaan usahawan kraf Sarawak bagi penyertaan Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2014 yang akan diadakan pada 26 Februari hingga 10 Mac 2014 (13 hari) bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay.


Sesi taklimat ini disempurnakan oleh Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak, Encik Sahaimi Abd Manaf dengan memberi kata-kata peransang dan ucapan tahniah kepada usahawan yang disahkan penyertaan untuk menyertai Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2014 ini.


Seramai 31 usahawan kraf Sarawak telah disahkan penyertaan dari Bah. Pasaran & Promosi Ibupejabat menyertai promosi yang kali ke dua belas (12) diadakan sejak tahun 2003. Program ini diadakan bagi memberi pengiktirafan kepada penglibatan dan sumbangan pengusaha dan penggiat seni kraf tempatan dalam membangunkan industri kraf negara.


Dalam sesi taklimat ini telah disampaikan oleh Ketua Unit Promosi & Pentadbiran, Puan Salmi Hj Mohd Isa dibantu oleh En Mohd Hafiz Mohd Hashim serta pegawai unit Rekaan & Usahawan yang lain.


Taklimat ini diadakan bagi memaklumkan kepada usahawan yang telah disahkan untuk menyertai promosi ini dan juga memberi sedikit makluman dan penerangan mengenai peraturan serta syarat-syarat semasa promosi ini berlangsung. Usahawan juga diminta bersedia dengan produk baru yang terbaik dan membuat persiapan awal yang sepatutnya untuk kali ini.

Berikut senarai usahawan kraf Sarawak yang menyertai Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2014 :


Antara coretan-coretan bergambar ketika taklimat :







No comments:

Post a Comment