Tuesday, August 30, 2016

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN 2016


daripada
Warga Anggota Kerja
PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA
CAWANGAN SARAWAK

Tuesday, August 23, 2016

MENGHARUNGI SUNGAI SEMPENA PADAWAN RAFT SAFARI 2016


Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak secara amnya pertama kali menyertai pertandingan berakit sungai atau Padawan Raft Safari 2016 yang dikelola oleh Majlis Perbandaran Padawan pada 14 Ogos 2016 (Ahad) bertempat pada garis mula perlumbaan dari Kampung Annah Rais, Kampung Temurang, Kampung Danu dan sehingga garis penamat di Kampung Git.

Pelbagai kategori dipertandingkan dalam acara tersebut iaitu kategori Expert (40km), kategori Lelaki Terbuka (26km), kategori Wanita Terbuka (22km), kategori Jabatan Kerajaan (22km), kategori Hotel dan Agensi (22km) serta kategori Berkayak (22km).

Penyertaan Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak ini dalam kategori Jabatan Kerajaan (22km) dan disertai oleh 4 orang anggota kerja iaitu Encik Ismail Ibrahim, Encik Mohd Hafiz Mohd Hashim, Encik Razali Pindot dan Encik Tony Rantai ak Roti.

Walaupun tidak memenangi sebarang trofi dalam pertandingan tersebut, anggota kerja berasa seronok serta gembira dengan pelbagai pengalaman mengharungi sungai yg panjang dan berliku-liku serta berhadapan dengan jeram yang deras sepanjang laluan sungai sehingga ke garisan penamat.

Antara beberapa gambaran serta keadaan ketika pertandingan ini berlangsung…








JUALAN RAINFOREST WORLD CRAFT BAZAAR 2016

Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak telah dijemput menyertai aktiviti jualan dan interaktif kraf ke Rainforest World Craft Bazaar 2016 sempena Rainforest World Music Festival pada 5 hingga 7 Ogos 2016 (3 hari) bertempat di Kampung Budaya Sarawak.

Aktiviti jualan disertai oleh usahawan kraf tempatan seramai 18 orang dan ditambah dengan aktiviti interaktif kraf berbentuk mewarna batik kepada pengunjung tempatan serta antarabangsa yang ingin mencuba.

Antara gambar-gambar aktiviti jualan dan interaktif kraf diadakan…

















TAKLIMAT PEMATUHAN STANDARD TENUNAN SONGKET, TENUN IKAT IBAN PUA DAN BATIK SERTA SISTEM RAWATAN EFLUEN BATIK SREBP EDISI SARAWAK


Kraftangan Malaysia telah mengadakan taklimat secara rasmi mengenai pematuhan standard tenunan songket, tenun ikat Iban Pua dan batik serta sistem rawatan efluen batik pada 28 Julai 2016 (Khamis) bertempat di Dewan Santubong, Pejabat Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak.

Taklimat tersebut disampaikan oleh pegawai Unit Teknikal, Encik Mohd Hafiz Abd Halim bersama-sama dihadiri oleh Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak, Encik Azran Arip, Ketua Unit Rekaan Encik Mohd Fuad Ariffin serta usahawan kraf dalam bidang tekstil seramai 30 orang.

Antara beberapa coretan semasa taklimat ini berlangsung…