Wednesday, September 18, 2013

LAGIIII.... CORET-CORET PROMOSI KRAF MALAYSIA KUCHING SARAWAK 2013

PERTANDINGAN MENCARI HARTA KARUN "KRAF" MERDEKA RAYA @haironi

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak telah mengadakan Pertandingan Mencari Harta Karun 'KRAF' Merdeka Raya pada 1 September 2013 (Ahad) untuk sekolah-sekolah menengah di sekitar Kuching. Seramai 60 orang pelajar dari sekolah Maktab Rendah Sains MARA Kuching (MRSM), Sekolah Menengah (A) Tun Ahmad Zaidi, Kuching, SMK St. Thomas, Kuching, Sekolah Seni Kuching, SMK Tabuan Jaya, Kuching, SMK Padugan, SMK Gedong Serian, Kolej Abdillah Kuching, SMK Matang Hilir dan SMK Demak Baru telah menyertai pertandingan ini.

Soalan-soalan yang diberikan adalah berkisar kepada produk-produk kraf, Sejarah Pembangunan Negeri Sarawak dan Hari Raya. Pada keseluruhannya aktiviti ini amat berjaya dengan penglibatan pelajar-pelajar telah berjaya menjawab hampir 65 % betul.

Perlepasan Pertandingan Mencari Harta Karun 'KRAF' Merdeka Raya telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Haji Openg, Menteri Perlancongan Sarawak.

Di atas kerjasama semua anggota kerja Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak serta agensi seperti Kementerian Perlancongan Sarawak, Jabatan Kebudayaan Kesenian Dan Warisan Sarawak, Arkib Negara Sarawak, TDC Sarawak dan Jabatan Muzium aktiviti ini berjalan dengan lancar dan diucapkan jutaan terima kasih.

 Pelajar-pelajar yang mangambil bahagian


 Perlepasan yang dilakukan oleh YB Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Haji Openg


 Pelajar-pelajar sedang menjawab soalan yang diberikan

 Pelajar-pelajar membuat gerak kerja akhir iaitu mewarna batik


Penyampaian hadiah

Tuesday, September 10, 2013

CORET-CORET PROMOSI KRAF MALAYSIA KUCHING SARAWAK 2013

PROMOSI KRAF MALAYSIA KUCHING SARAWAK  2013 pada 30 Ogos - 8 September 2013.

Sidang Media dan Majlis Pelancaran dilakukan oleh YB Datuk Amar Abang Johari Tun Anbang Haji Openg, Menteri Perlancongan Negeri Sarawak (Tiga dari kiri)  bersama YB Datuk Naroden Majais (Dua dari kiri) Menteri Muda Pembangunan Usahawan Sarawak, Encik Sahaimi Abdul Manaf, Pengarah PKKM Cawangan Sarawak (kiri)
Majlis Pelancaran dilakukan oleh YB Datuk Amar Abang Johari Tun Anbang Haji Openg, Menteri Perlancongan Negeri Sarawak  bersama YB Datuk Naroden Majais Menteri Muda Pembangunan Usahawan Sarawak, Encik Kameri Haji Affendi, Pengarah Pembangunan Usahawan Sarawak dan Encik Sahaimi Abdul Manaf, Pengarah PKKM Cawangan Sarawak
Penyampaian Cenderamata kepada Yang Berhormat oleh Pengarah PKKM Cawangan Sarawak

                         

                         
Lawatan Yang Berhormat Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Haji Openg ke tempat usahawan

                          
                         
                          
Aktiviti Pertandingan Mencari Harta Karun "KRAF" Merdeka Raya


Pendidikan Kraf anyaman buluh

Persembahan Kebudayaan dari Jabatan Kebudayaan Kesenian Negara Negeri Sarawak


Lawatan Yang Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu ak Numpang, Timbalan Ketua Menteri Sarawak 
ke Promosi Kraf Malaysia pada 6 September 2013

 
Lawatan YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud Ketua Menteri Sarawak ke  Promosi Kraf Malaysia Kuching Sarawak pada 7 September 2013

 
 
Lawatan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Datuk Patinggi Abang Mohammad Salahuddin dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Hajah Norkiah ke Promosi Kraf  Malaysia Kuching Sarawak 
pada 8 September 2013