Monday, April 18, 2011

PENDIDIKAN KRAF BATIK CANTING

Bahagian Pemuliharaan KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak telah mengadakan Pendidikan Kraf Batik Canting untuk pelajar-pelajar Maktab Rendah Sains Mara, Kuching pada 9 April 2011 (Sabtu) bertempat di premis KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak.

Seramai 14 orang pelajar yang diiringi oleh Cikgu Monaliza bt. Johnwayne telah menyertai aktiviti ini. Pendidikan Kraf telah ditunjuk ajar oleh Puan Hajah Saptuyah Mohd. Edon.

Program ini dirancang akan diadakan setiap bulan yang mana akan melibatkan pelajar-pelajar yang sama. Pelajar-pelajar akan didedahkan dengan gerak kerja asas membatik pada awal pembelajaran. Bulan kedua dan ketiga gerak kerja untuk menyiapkan produk hiasan dinding akan dilaksanakan.

Aktiviti ini akan memberi impak yang baik kepada pelajar kerana pelajar-pelajar boleh menjadikan pembelajaran yang diterima sebagai satu hobby yang amat berguna. Hhb…


Pelajar-pelajar melakukan asas mencanting

Pelajar-pelajar melakukan asas-asas mewarna

‘Berambeh’ RTM bersempena Sambutan 65 Tahun RTM

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak telah turut menyertai ‘Berambeh’ RTM bersempena dengan sambutan 65 tahun Radio Dan Television Malaysia (RTM) pada 8 , 9 dan 10 April 2011. KRAFTANGAN MALAYSIA telah mempamerkan aktiviti / program cawangan yang dilaksanakan serta demonstrasi batik canting pada hari terebut.


Pada 10 April 2011 (Ahad), Yang Berhormat Datuk Seri Utama Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia telah melakukan perasmian TVi untuk Sarawak dan Sabah. Hhb..

Ruang pameran KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak


Demonstrasi Batik Canting

Encik Sahaimi Abdul Manaf, Pengarah KRAFTANGAN MALAYSIA
Cawangan Sarawak (tiga dari kiri)

Yang Berhormat Datuk Seri Utama Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi
dan Kebudayaan Malaysia dan tetamu kehormat (empat dari kiri)


Thursday, April 7, 2011

INTERAKTIF BATIK CANTING

Bahagian Pemuliharaan KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak telah mengadakan Interaktif Kraf Batik Canting untuk pelajar-pelajar, guru-guru dan orang awam di SMK St. Thomas, Kuching pada 2 April 2011 (Sabtu) bersempena dengan HARI KELUARGA SMK ST. THOMAS 2011.

Seramai 45 orang kanak-kanak, pelajar, guru-guru dan orang awam telah menyertai aktiviti ini. Interaktif telah ditunjuk ajar oleh Puan Hajah Saptuyah Edon dan dibantu oleh Encik Junaidi Suni.

Keseluruhan komen yang diberikan menyatakan aktiviti ini amat menyeronokkan serta menarik minat pelajar-pelajar yang hadir dan berharap agar KRAFTANGAN MALAYSIA dapat mengadakan lagi aktiviti sedemikian pada masa akan datang. Hhb…

Wednesday, April 6, 2011

LAWATAN SAMBIL BELAJAR

JUMAAT, 25 MAC 2011 : Seramai 20 orang pelajar-pelajar UCSI telah membuat lawatan sambil belajar ke KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak  Rombongan telah dibawa melawat Geleri Muzium dan Usahawan Skim Pengeluaran Inkubator Kraf. Pelajar-pelajar juga berkesempatan melakukan Interaktif Kraf Batik Canting.    Hhb..

Pelajar UCSI sedang mendengar taklimat daripada Puan Udaidah Haji Suhaili


Pelajar sedang melakukan interaktif batik canting