Monday, May 31, 2010

PROGRAM PENDIDIKAN KRAF DI MIRI

Bersempena dengan Promosi Batik Dan Tenun Peringkat Negeri Sarawak KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak melalui Bahagian Pemuliharaan telah mengadakan Pendidikan dan Interaktif Kraf yang bertujuan mengajar asas menganyam rotan, buluh dan menyulam manik serta menyampaikan maklumat mengenai seni kraf warisan kepada kumpulan sasar khususnya kepada pelajar serta orang awam. Ini membolehkan mereka memahami erti kesabaran, kesungguhan dan keyakinan dalam membuat kraf tangan yang diajarkan.

Program ini memberi peluang kepada pelajar dan orang awam yang terlibat untuk mengenal, mempelajari, mengalami serta melakukan sendiri dan memperolehi kemahiran dalam menghasilkan kraf yang dipelajari di samping memupuk kecintaan terhadap seni kraf tempatan.

  • Program ini telah menarik minat dan merupakan pengalaman baru kepada kebanyakan pelajar di samping menanam rasa cinta terhadap seni warisan bangsa yang menjadi lambang jati diri ke arah memertabatkan kraf kita.

  • Hasil daripada maklumbalas daripada peserta, keseluruhannya berpuashati mengikuti aktiviti ini dan berjaya menyiapkan produk yang diarahkan dan meminta agar aktiviti/program ini dapat diteruskan.

  • KRAFTANGAN MALAYSIA telah mencapai sasaran untuk memberi pendidikan asas/awal membuat kraf tangan kepada peserta yang terlibat.

  • Sekolah yang terlibat juga berharap agar guru-guru seni di Miri diberi pendedahan asas/awal mempelajari beberapa seni kraf tangan yang sedia ada.
20 Mei 2010 (Khamis) 1000 pagi – 1700 petang (Anyaman Buluh)
SMK Sains Miri (20 orang pelajar dan 2 orang guru pengiring)





Hasil anyaman yang telah dibuat oleh pelajar yang terlibat.









21 Mei 2010 (Khamis) 1000 pagi – 1700 petang (Sulaman Manik)
Disebabkan sekolah yang dijemput tidak hadir maka KRAFTANGAN MALAYSIA telah membuka pendidikan kraf sulaman manik kepada orang awam. Seramai 10 orang awam terlibat.




Peserta sedang membuat sulaman
manik yang ditunjuk ajar oleh
Puan Elizebert Lirang


Peserta sedang membuat sulaman
manik
22 Mei 2010 (Khamis) 1000 pagi – 1700 petang (Anyaman Rotan)
Pemaju Mesyarakat KEMAS, Miri (14 orang peserta dan 2 orang penyelia)




Peserta sedang membuat anyaman
dan ditunjuk ajar oleh Puan Sandra
Ahie Higau


Peserta sedang membuat anyaman





Anyaman rotan yang telah siap










23 Mei 2010 (Khamis) 1000 pagi – 1700 petang (Anyaman Buluh)
SK Pujut Coner, Miri (15 pelajar dan 2 orang guru pengiring)

Pelajar sedang melakukan gerak
kerja anyaman buluh yang ditunjuk
ajar oleh Puan Manoi ak Jarau.


Hasil anyaman yang telah dibuat
oleh salah seorang pelajar.


Hasil kerja yang telah berjaya
dibuat oleh pelajar yang terlibat












24 Mei 2010 (Khamis) 1000 pagi – 1700 petang (Sulaman manik)
SK Syed Othman, Miri (16 orang pelajar 2 orang guru pengiring)




Guru pengiring turut berminat
mempelajari sulaman manaik



Pelajar sedang mempelajari
sulaman manik daripada
Puan Elizebert Lirang













Hasil sulaman manik yang telah
berjaya dibuat oleh pelajar yang
terlibat.








25 Mei 2010 (Khamis) 1000 pagi – 1700 petang (Anyaman Rotan)
SK Datuk Temenggung Datuk Muip (17 orang pelajar dan 2 orang guru pengiring)


Pelajar sedang mempelajari
anyaman rotan dari Puan Sandra
Ahie Higau


Salah seorang pelajar yang sedang
tekun membuat anyaman


Hasil anyaman yang telah siap dibuat













HHB..

Thursday, May 20, 2010

PROMOSI BATIK DAN TENUN PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2010

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak dengan kerjasama Majlis Bandaraya Miri sekali lagi mengadakan Promosi Batik dan Tenun Peringkat Negeri Sarawak 2010 yang bermula 20 - 26 Mei 2010 bertempat di Pusat Kraftangan Miri.Promosi Batik dan Tenun tahun ini disertai oleh 70 usahawan iaitu 25 usahawan dari Semenanjung, 6 usahawan dari Sabah dan 40 usahawan dari Sarawak. Promosi ini juga turut mengadakan demonstrasi manik kaca dan kraf mesyarakat Penan disamping Pendidikan Kraf untuk pelajar sekolah dan interaktif sulaman manik dan anyaman rotan untuk orang awam. Bengkel Sulaman yang dikendalikan oleh adiguru kraf Sulaman Nyonya iaitu Madam Lim Swee Kim dari Pulau Pinang turut diadakan selama 5 hari. Ini adalah untuk menanam minat di kalangan genarasi muda mencintai kraf tempatan.

Promosi Batik Dan Tenun telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam, Timbalan Ketua Menteri 1, Merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian dan Menteri Perlancongan dan Warisan Sarawak. Turut hadir adalah Datuk Bandar Miri Encik Lawrence Lai Son, Encik Ghani Ugey Residen Miri, Puan Kijan Toynbee Pengerusi Jawatan kuasa Pengelola Bersama dan ketua Jabatan.
GAMBAR-GAMBAR PROMOSI BATIK DAN TENUN 2010
Usahawan menghadiri sesi taklimat pada 19 Mei 2010

Ucapan Perasmian oleh YB Datuk Patinggi Dr. George Chan Hong Nam, Timbalan Ketua Menteri 1 Merangkap Menteri Pembangunan Perindurstrian dan Menteri Perlancongan dan Warisan Sarawak.

Tetamu kehormat semasa perasmian
Bengkel Sulaman Nyonya yang dihadiri oleh 10 orang peserta
Pelajar-pelajar dari SM Sains Miri menyertai Pendidikan Kraf anyaman buluh

Pertunjukan Fesyen Batik 1 Malaysia semasa majlis perasmian
Peraga fesyen semasa majlis perasmian
Gerai usahawan

Friday, May 7, 2010

LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Khamis, 6 Mei 2010 @ 1430 petang. Seramai 12 orang guru dan 10 murid dari Panita Pendidikan Seni Visual (PSV) SK (A) Datuk Haji Abdul Kadir Hassan yang diketuai oleh Puan Rahmah bt. Mohidi mengadakan lawatan ke KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak. Guru-guru dan pelajar telah dibawa melawat Geleri Kraf san Skim Inkubator Kraf.


Guru-guru melawat Geleri Muzium



Guru dan pelajar melawat usahawan Skim Inkubator Kraf

Wednesday, May 5, 2010

PESTA KAUL MUKAH 2010


Pesta Kaul Mukah 2010 anjuran Pejabat Residen Mukah telah diadakan pada 21 hingga 25 April 2010 di Tapak Dataran Pantai Kala Dana, Mukah. Aktiviti telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri  (Dr.) Hj. Abdul Taib Mahmud pada 24 April 2010.

Ini adalah merupakan kali ke-8 KRAFTANGAN MALAYSIA menyertai Pesta Kaul Mukah 2010. 10 orang usahawan kraf tangan dalam bidang hasil rimba dan aneka kraf terlibat di mana usahawan memasarkan terus produk kraf kepada pengguna di samping mencari pasaran baru di Mukah.

Usahawan yang dipilih adalah usahawan yang boleh berdikari dan dapat membiayai sendiri kos yang terlibat dalam promosi ini serta mereka juga berkemampuan untuk membuat perundingan bagi tempahan dan pengeluaran.

Julan tunai semua usahawan yang terlibat sepanjang pesta ini adalah RM 20,923.50



Permaianan 'tibau' yang sinonim setiap kali Pesta Kaul Mukah
Koperasi Kraftangan Abit
Usahawan Manita Enterprise

Usahawan KRAFTANGAN MALAYSIA
Suasana mariah ketika berlangsungnya Pesta Kaul Mukah 2010