Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak dengan kerjasama Majlis Bandaraya Miri sekali lagi mengadakan Promosi Batik dan Tenun Peringkat Negeri Sarawak 2010 yang bermula 20 - 26 Mei 2010 bertempat di Pusat Kraftangan Miri.Promosi Batik dan Tenun tahun ini disertai oleh 70 usahawan iaitu 25 usahawan dari Semenanjung, 6 usahawan dari Sabah dan 40 usahawan dari Sarawak. Promosi ini juga turut mengadakan demonstrasi manik kaca dan kraf mesyarakat Penan disamping Pendidikan Kraf untuk pelajar sekolah dan interaktif sulaman manik dan anyaman rotan untuk orang awam. Bengkel Sulaman yang dikendalikan oleh adiguru kraf Sulaman Nyonya iaitu Madam Lim Swee Kim dari Pulau Pinang turut diadakan selama 5 hari. Ini adalah untuk menanam minat di kalangan genarasi muda mencintai kraf tempatan.
Promosi Batik Dan Tenun telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam, Timbalan Ketua Menteri 1, Merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian dan Menteri Perlancongan dan Warisan Sarawak. Turut hadir adalah Datuk Bandar Miri Encik Lawrence Lai Son, Encik Ghani Ugey Residen Miri, Puan Kijan Toynbee Pengerusi Jawatan kuasa Pengelola Bersama dan ketua Jabatan.
GAMBAR-GAMBAR PROMOSI BATIK DAN TENUN 2010
|
Usahawan menghadiri sesi taklimat pada 19 Mei 2010 |
|
Ucapan Perasmian oleh YB Datuk Patinggi Dr. George Chan Hong Nam, Timbalan Ketua Menteri 1 Merangkap Menteri Pembangunan Perindurstrian dan Menteri Perlancongan dan Warisan Sarawak. |
|
Tetamu kehormat semasa perasmian |
|
Bengkel Sulaman Nyonya yang dihadiri oleh 10 orang peserta |
|
Pelajar-pelajar dari SM Sains Miri menyertai Pendidikan Kraf anyaman buluh |
|
Pertunjukan Fesyen Batik 1 Malaysia semasa majlis perasmian |
|
Peraga fesyen semasa majlis perasmian |
|
Gerai usahawan |
No comments:
Post a Comment