Sunday, February 26, 2012

PENDIDIKAN KRAF

Pada 22 Februari, 2012 (Rabu), Bahagian Pemuliharaan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak telah mengadakan aktiviti pendidikan kraf sulaman manik kepada 25 orang pelajar-pelajar Kelas Pendidikan Khas dan  8 orang guru pengiring Sekolah Menengah Kebangsaan Muara Tuang.

Sebelum itu pelajar-pelajar telah dibawa membuat lawatan di bilik pameran dan jualan serta melihat aktiviti inkubator yang sediada.

Aktiviti pendidikan kraf membuat sulaman manik telah ditunjuk-ajar oleh anggota kerja KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak.




Thursday, February 23, 2012

LAWATAN RASMI ROMBONGAN YANG-PERTUA DEWAN NEGARA

Pada 20 Februari 2012 (Isnin @ 1500 petang), Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Negara YB Puan Doris Sophia ak. Bordi dan suami, YB Tuan Lihan Jok dan Isteri, YB Puan Hajah Dayang Madinah bt Tun Abang Haji Openg dan Rombongan telah membuat lawatan rasmi ke Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak.

Rombongan telah disambut oleh Puan Salmi Mohd Isa dan anggota kerja serta diserikan dengan sambutan gadis-gadis berpakaian tradisional dari JKKNS. Rombongan dibawa melawat Bilik Pameran dan Jualan, Geleri Warisan dan aktiviti Skim Pengeluaran Inkubator.







Wednesday, February 22, 2012

HARI-HARI TERAKHIR PERJUANG KRAF

Pada 21 Februari 2012 (Selasa), PUAN HASIAH BT. HAJI HASHIM telah menamatkan perkhidmatan beliau dengan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak. Beliau telah menyumbang tenaga dan keringat sebagai tenaga pengajar Songket dari tahun 1981 - 2012 selama 31 tahun. Sumbangan kepada anak bangsa dengan mengajar tenunan songket menjadikan beliau popular dikalangan rakan-rakan sekerja. Pengarah dan semua anggota kerja Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak mengucapkan selamat bersara, mudah-mudahan beliau sentiasa berjaya dan sihat selalu. AMIN