Monday, September 27, 2010

PROGRAM PUSAT SENI SETEMPAT 2010 'JOM RAYA SAMA'

Program Seni Setempat 2010 ‘Jom Raya Sama’ di Tebingan Sungai Kuching telah diadakan pada             25 September 2010 (Sabtu). Program ini adalah anjuran Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara Negeri Sarawak (JKKNS) Program ini akan diadakan setiap minggu ketiga setiap bulan.

Bahagian Pemuliharaan KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak telah turut sama memeriahkan program tersebut dengan mengadakan demonstrasi menganyam pelbagai bentuk ketupat di samping penyediaan sedikit contoh ketupat dan kelupis yang sudah dimasak untuk dinikmati oleh pengunjung. hhb..

GAMBAR-GAMBAR YANG BERKAITAN





Friday, September 24, 2010

AL-FATIHAH

TAKZIAH

Adalah dengan dukacita dimaklumkan bahawa bapa kepada Encik Abu Bakar bin Madzhi (Pembantu Ehwal Ekonomi @ anggota kerja PKKM Cawangan Sarawak) iaitu ENCIK MADZHI BIN ABDULLAH berusia 77 tahun telah meninggal dunia pada 24 September 2010 @ 0215 pagi. Mudah-mudahan roh beliau ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman.

AMIN.

Wednesday, September 1, 2010

SALAM AIDILFITRI DAN SALAM KEMAAFAN

Kami warga Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga Kraftangan Malaysia, para usahawan kraf dan mereka yang melayari laman blog ini. Kami mengharapkan anda semua mendapat keberkatan, rahmat dan keselamatan dari Ilahi sempena hari yang mulia ini. Di kesempatan ini, kami ingin menghulurkan memohon kemaafan.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN


RANDAU DI MURUM, SARAWAK

Pada 26 hingga 30 Ogos 2010, Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak telah menyertai program  Randau di Murum, Sarawak. Program ini adalah anjuran Kerajaan Negeri Sarawak untuk memberi penerangan dan beramah mesra dengan masyarakat Penan di Murum. Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak telah menjelaskan mengenai kraftangan Penan yang boleh diketengahkan untuk pasaran. Antara kawasan yang dilawati adalah Long Malim, Long Singu dan Long Wat yang terletak lebih kurang 450 km dari bandar Bintulu.


Rombongan Randau di Murum, Sarawak
Randau di Long Singu
Randau di Long Malim
Randau di Long Wat