Tuesday, May 31, 2011

PROMOSI KRAF MALAYSIA MIRI 2011

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak dengan kerjasama Majlis Bandaraya Miri sekali lagi mengadakan Promosi Kraf Malaysia MIRI 2011 yang bermula 20 - 25 Mei 2011 bertempat di Pusat Kraftangan Miri. Promosi Kraf Malaysia MIRI 2011 tahun ini telah disertai oleh 52 usahawan iaitu 11 usahawan dari Kelantan, 3 orang usahawan dari Sabah, 3 orang usahawan dari Selangor 1 orang usahawan dari Melaka, 1 orang usahawan dari Terengganu dan 33 usahawan dari Sarawak.

Promosi ini juga turut mengadakan Pendidikan Kraf Batik Canting, Sulaman Manik dan Anyaman Rotan untuk pelajar-pelajar sekolah serta pertubuhan NGO's dan interaktif kraf  Batik Canting, Sulaman Manik dan Anyaman Buluh untuk orang awam. Keseluruhan peserta yang terlibat adalah seramai 205 orang. Wayang Pacak daripada Jabatan Penerangan serta persembahan kebudayaan turut dipersembahankan.

Promosi Kraf Malaysia MIRI 2011 telah dirasmikan pada 20 Mei 2011 oleh Yang Berhormat Datuk Lee Kim Shin, Menteri Muda Komunikasi Dan Sukan Sarawak. Turut hadir adalah Yang Berhormat Encik Dennis Ngau ADUN Telang Usang, Datuk Bandar Miri Encik Lawrence Lai Yew, Timbalan Datuk Bandar Miri Encik Mohd Chee Kadir, Kaunselor Kijan Toynbee Pengerusi Jawatan kuasa Pengelola Bersama, Puan Salmi Mohd Isa, Wakil Pengarah KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak dan Ketua-Ketua Jabatan.

Bersempena dengan Promosi Kraf Malaysia MIRI 2011 ini juga, Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara Sarawak (JKKNS) dengan kerjasama KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak menganjurkan Bengkel Seni Kraf Warisan Anyaman Rotan pada 20 - 24 Mei 2011. Bengkel Seni Kraf Warisan Anyaman Rotan disertai oleh usahawan kraf dari Bintulu, Miri, Penyelia KEMAS, WEDA dan individu. Seramai 25 orang peserta yang terlibat. Tenaga pengajar mahir adalah Encik Zaidi B Dol Rani daripada Melaka dan dibantu oleh Encik Brahim Saidi.

Majlis Penutupan Rasmi Bengkel Seni Kraf Warisan Anyaman Rotan telah dilakukan pada 24 Mei 2011 oleh Yang Berhormat Encik Dennis Ngau ADUN Telang Usan. Turut hadir adalah Timbalan Pengarah Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara Negeri Sarawak Encik Saini b Lihi, Puan salmi Mohd. Isa, Wakil Pengarah KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak dan Ketua-Ketua Jabatan.

 
Dari kiri Puan Salmi Mohd Isa, Encik Lawrance Lai Lew, YB Datuk Lee Kim Shin, Kaunselor Kijan Toynbee dan YB Encik Dennis Ngau

Majlis Perasmian telah dilakukan oleh Yang Berhormat Datuk Lee Kim Shin (empat dari kiri)

 
Yang Berhormat dibawa melawat ke gerai-gerai Usahawan


Majlis Penutupan Bengkel Seni Warisan Kraf. Dari kiri Encik Saini Lihi, YB Encik Dennis Ngau dan Puan Salmi Mohd Isa

Penyampaian Sijil Penyertaan kepada peserta bengkel
 
YB dibawa melihat hasil kerja peserta DAN bergambar beramai-ramai dengan peserta


Sebahagian Daripada Program Pendidikan Kraf Yang Dilaksanakan 

 Bengkel Seni Warisan Kraf Anyaman Rotan



Wayang Pacak daripada Jabatan Penerangan dan Persembahan Kebudayaan turut dipersembahkan 

Monday, May 30, 2011

SELAMAT HARI GAWAI 2011

PENGARAH DAN SEMUA ANGGOTA KERJA
PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK
MENGUCAPKAN
SELAMAT NGINTU ARI GAWAI
'GAYU GURU GERAI NYAMAI & ANANG PALAU'
KEPADA
SEMUA ANGGOTA KERJA DAN SEMUA KAUM DAYAK
DI SARAWAK

'Ngajih Ka Lantang-senang gayu-guru gerai nyamai betuah-belimpah taun ti datai'