Monday, March 29, 2010

PROGRAM PUSAT SENI SETEMPAT

Sabtu, 27 Mac 2010 KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak telah sekali lagi dijemput untuk menyertai Pelancaran Program Seni Setempat 2010 di Tebingan Sungai Kuching anjuran Jabatan Kebudayaan Dan Kenenian Negara Negeri Sarawak. Majlis Pelancaran telah dilakukan oleh Yang Berhormat Datuk Talip Zulpilip, Menteri Muda Pelancongan Negeri Sarawak, Merangkap Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC).
Pameran Maklumat KRAFTANGAN MALAYSIA dan Institut Kraf Negara (IKN)

Usahawan yang membuat demonstrasi

Usahawan yang membuat jualan

Lawatan yang dilakukan oleh YB Datuk Talip Zulpilip, Menteri Muda Pelancongan Sarawak

PROGRAM PENDIDIKAN KRAF BATIK

Khamis, 25 Mac 2010 KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak dengan kerjasama Majlis Guru Besar Daerah Kuching telah mengadakan Program Pendidikan Kraf Batik untuk Guru-guru Pendidikan Seni Zon B bertempat di SK Encik Buyong, Jalan Astana, Petra Jaya Kuching.

Seramai 5 orang guru lelaki dan 25 orang guru perempuan Pendidikan Seni dari pelbagai sekolah rendah Zon B telah hadir dan mengambil bahagian. Guru-guru telah diajar mempelajari asas cara dan bagaimana mencanting dan mewarna batik.
Sepanjang gerak kerja yang dilakukan guru-guru telah memberi perhatian yang sepenuhnya dan berjaya menghasilkan sebuah hiasan dinding.

Maklum balas daripada beberapa guru yang terlibat, mengharapkan agar program sebegini dapat diperbanyakkan lagi kepada guru-guru seni yang lain. Ini membolehkan guru-guru boleh menyampaikan maklumat kepada pelajar-pelajar untuk menanamkan minat mereka kepada seni kraftangan tempatan.
Guru-guru sedang mendengar taklimat
Guru-guru sedang membuat lakaran

Guru-guru menerima tunjuk ajar daripada Tenaga Pengajar

Guru sedang mencanting

Guru-guru sedang mewarna