Monday, March 29, 2010

PROGRAM PENDIDIKAN KRAF BATIK

Khamis, 25 Mac 2010 KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak dengan kerjasama Majlis Guru Besar Daerah Kuching telah mengadakan Program Pendidikan Kraf Batik untuk Guru-guru Pendidikan Seni Zon B bertempat di SK Encik Buyong, Jalan Astana, Petra Jaya Kuching.

Seramai 5 orang guru lelaki dan 25 orang guru perempuan Pendidikan Seni dari pelbagai sekolah rendah Zon B telah hadir dan mengambil bahagian. Guru-guru telah diajar mempelajari asas cara dan bagaimana mencanting dan mewarna batik.
Sepanjang gerak kerja yang dilakukan guru-guru telah memberi perhatian yang sepenuhnya dan berjaya menghasilkan sebuah hiasan dinding.

Maklum balas daripada beberapa guru yang terlibat, mengharapkan agar program sebegini dapat diperbanyakkan lagi kepada guru-guru seni yang lain. Ini membolehkan guru-guru boleh menyampaikan maklumat kepada pelajar-pelajar untuk menanamkan minat mereka kepada seni kraftangan tempatan.
Guru-guru sedang mendengar taklimat
Guru-guru sedang membuat lakaran

Guru-guru menerima tunjuk ajar daripada Tenaga Pengajar

Guru sedang mencanting

Guru-guru sedang mewarna
























No comments:

Post a Comment