Thursday, March 15, 2012

PROGRAM MEDIA TURUN PADANG


LAWATAN PIHAK MEDIA KE BAHAGIAN SIBU, MUKAH DAN KUCHING

9 Mac 2012 - Satu lawatan media daripada RTM dan New Straits Times telah turun padang ke bahagian Sibu, Mukah dan Kuching. Tujuan program media ini dibuat adalah untuk mendapatkan maklumat dan penerangan tentang pembuat kraf daripada usahawan yang terdapat di kawasan tersebut.


Usahawan yang terlibat adalah En Johnny ak Barangan, usahawan pembuat parang daripada Sibu, usahawan dalam bidang hasil rimba iaitu Puan Salimiah Salim, pembuat kra terandak Igan, Puan Diana Rose dalam bidang anyaman rumbia manakala usahawan kraf songket Sarawak daripada Kampung Rajang, Hjh Sahanah Hj Suhaili.


Di bahagian Kuching pula melibatkan usahawan dari bidang anyaman bemban iaitu Puan Manoi ak Jarau dan Puan Senia ak Jugi serta Puan Roselyn Long Lah dalam bidang kraf manik.


Wednesday, March 14, 2012

SELAMAT PENGANTIN BARU - AZYLA & FUAD



PENGARAH & SEMUA ANGGOTA KERJA
PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK
MENGUCAPKAN
SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT
PUAN AZYLA ADAMI SERTA PASANGANNYA ENCIK MOHD FUAD ARIFFIN
TELAH SELAMAT DIIJABKABULKAN TANGGAL
11 MAC 2012 BERSAMAAN 18 RABIULAKHIR 1433H

KENALILAH USAHAWAN KRAF DI SARAWAK


LONG BERUANG, ULU BARAM


Perjalanan mengambil masa 1 jam menaiki kapal terbang dari Kuching ke Miri atau menggunakan pengangkutan darat selama 13 jam perjalanan. Kemudian menaiki kenderaan 4X4 selama 10 jam dari Miri ke Long Beruang amat memenatkan. Di tambah pula dengan pelbagai cabaran dan rintangan yang perlu ditempuhi sepanjang perjalanan seperti kenderaan rosak, jalan terputus dan sebagainya.


Antara cabaran yang ditempuh semasa perjalanan

Makan dan minum terpaksa masak sendiri kerana tiada kedai atau restoran makanan halal. Membawa bekalan makanan daripada Miri adalah jalan yang paling senang dan murah kerana apabila membeli barang di Long Beruang harganya meningkat 1 kali ganda. Gas memasak iaitu minyak murah kerana ada subsidi daripada kerajaan. Bekalan tenaga elektrik dibekalkan secara percuma dengan menggunakan tenaga solar.


Majoriti penduduk di sini adalah kaum Penan. Produk kraf yang di hasilkan di sini adalah anyaman rotan. Terdapat 30 keluarga yang menduduki kampung tersebut manakala pekerjaan utama adalah membuat produk kraf, menangkap ikan dan bertani.





Monday, March 12, 2012

PROMOSI & JUALAN - HKK 2012


TAKLIMAT PENGESAHAN PENYERTAAN USAHAWAN KRAF SARAWAK BAGI
HARI KRAF KEBANGSAAN (HKK) 2012

Kuching, Sarawak – Pada 5 Mac 2012 (Isnin) bertempat di Bilik Mesyuarat PKKM Sarawak, pihak Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak melalui Unit Promosi telah mengadakan sesi taklimat pengesahan penyertaan usahawan kraf Sarawak bagi penyertaan Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2012 yang akan diadakan pada 21 Mac hingga 2 April 2012 bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.


Sesi taklimat ini disempurnakan oleh Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak, Encik Sahaimi Abd Manaf dengan memberi kata-kata peransang dan ucapan tahniah kepada usahawan yang disahkan penyertaan untuk menyertai Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2012 ini.

Seramai 18 usahawan kraf Sarawak telah disahkan penyertaan dari Bah. Pasaran & Promosi Ibupejabat menyertai promosi yang kali ke sepuluh diadakan sejak tahun 2003 yang bertemakan " Kraf Penjana Ekonomi Rakyat " yang membawa maksud produk kraf bukan sahaja dapat digunakan untuk kegunaan harian malah ia boleh dijadikan satu perniagaan yang dapat menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara, sekali gus dapat memakmurkan rakyat Malaysia.


Dalam sesi taklimat ini telah disampaikan oleh Ketua Unit Promosi & Pemuliharaan, Puan Salmi Hj Mohd Isa dibantu oleh En Mohd Hafiz Mohd Hashim serta pegawai unit Promosi yang lain.

Taklimat ini diadakan bagi memaklumkan kepada usahawan yang telah disahkan untuk menyertai promosi ini dan juga memberi sedikit makluman dan penerangan mengenai peraturan serta syarat-syarat semasa promosi ini berlangsung. Usahawan juga diminta bersedia dengan produk baru yang terbaik dan membuat persiapan awal yang sepatutnya untuk kali ini.





PROGRAM PENDIDIKAN KRAF BATIK – IKAT DAN CELUP

PROGRAM PENDIDIKAN KRAF BATIK – IKAT DAN CELUP
(Kajian Rekaan Seni Visual subjek Peperiksaan SPM 2012)

SABTU, 10 Mac 2012 ; Bahagian Pemuliharaan KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak telah mengadakan Program Pendidikan Kraf Batik – Ikat Dan Celup (Kajian Rekaan Seni Visual Subjek Peperiksaan SPM 2012). Program ini adalah merupakan sumbangan KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak dalam usaha membantu pelajar-pelajar yang mengambil Peperiksaan SPM 2012 dalam subjek Rekaan Seni Visual untuk menghasilkan beg membeli belah yang bercorak batik dan menggunakan teknik ikat dan celup.

Pada peringkat pertama seramai 25 orang pelajar dan 3 orang guru dari SMK Demak Baru Kuching telah membuat kajian teknik ikat, celup dan warna. Kajian ini diselaras oleh Encik Haironi bin Haji Bohari dan dibantu oleh Puan Hajah Saptuyah bt. Mohd. Edon bersama guru-guru serta pelajar yang terlibat.

Peringkat kedua nanti pelajar-pelajar akan menbuat kerja-kerja ikat, celup dan warna ke atas kain yang sesuai untuk membuat beg.

Pada peringkat ketiga pelajar-pelajar akan dibantu untuk menjahit dan menyiapkan beg membeli belah yang bercorak batik dengan menggunakan teknik iiikat celup.

Keseluruhan komen yang diberikan menyatakan kajian ini banyak membantu pelajar-pelajar di dalam menyiapkan tugasan yang diberikan serta menarik minat pelajar-pelajar yang hadir. Mereka berharap agar KRAFTANGAN MALAYSIA dapat membantu pelajar-pelajar untuk menyiapkan produk beg membeli belah yang bercorak batik dan menggunakan teknik ikat celup kelak. Hhb…






Friday, March 9, 2012

LAWATAN KERJA TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA KE KAMPUNG MASYARAKAT PENAN, LONG BERUANG

LAWATAN KERJA YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATO SRI HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN, TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA
KE LONG BERUANG DAN LONG PELUAN, BARAM.

Sabtu, 25 Februari 2012 ; Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin , Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah melakukan lawatan kerja ke penempatan masyarakat Penan Long Beruang dan Long Peluan untuk Program Transformasi Desa di kawasan Parlimen Baram.

Turut hadir semasa lawatan kerja tersebut ialah Yang Berhormat Datuk Seri Mohd  Shafie Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Yang Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Alfred Jabu Anak Numpang, Timbalan Ketua Menteri Sarawak,Tan Sri William Mawan Ikom, Menteri di Kementerian Pembangunan Sosial Sarawak, Yang Berhormat Encik Dennis Ngau, Ahli Parlimen Telang Usan dan Datu Ose Murang, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak,  Encik Antoneo Khati Gahlis, Residen Miri.

Lawatan ini adalah bertujuan untuk melawat Pusat Pembangunan Komuniti dan meninjau kemudahan kraf tangan, Tadika dan ICT di Long Beruang di samping penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) serta meninjau Tapak Semaian Getah Long Beruang dan merasmikan Projek Tenaga Solar Long Beruang.

Selesai sahaja penyampaian BR1M YAB Timbalan Perdana Menteri serta rombongan telah dibawa melawat ke bilik pameran hasil kraf tangan masyarakat Penan di Pusat Pembangunan Komuniti. YAB telah disambut oleh wakil Pengarah, Puan Salmi Hj Mohd. Isa dan beberapa anggota kerja Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak.

YAB turut berminat melihat aktiviti interaktif kraf batik lukis yang dilakukan oleh pelajar Sekolah Kebangsaan Long Banga.  Seramai 13 orang murid dan 2 orang guru pengiring menyertai aktiviti tersebut yang ditunjuk ajar oleh Puan Hjh. Saptuyah Hj. Mohd. Edoon.


Perkampungan Mesyarakat Penan Long Beruang

Pusat Pembangunan Komuniti Long Beruang