LAWATAN
PIHAK MEDIA KE BAHAGIAN SIBU, MUKAH DAN KUCHING
9 Mac 2012 - Satu lawatan media daripada RTM dan
New Straits Times telah turun padang ke bahagian Sibu, Mukah dan Kuching. Tujuan
program media ini dibuat adalah untuk mendapatkan maklumat dan penerangan tentang pembuat kraf daripada
usahawan yang terdapat di kawasan tersebut.
Usahawan yang terlibat adalah En Johnny ak Barangan, usahawan pembuat parang daripada Sibu, usahawan dalam bidang hasil rimba iaitu Puan Salimiah Salim, pembuat kra terandak Igan, Puan Diana Rose dalam bidang anyaman rumbia manakala usahawan kraf songket Sarawak daripada Kampung
Rajang, Hjh Sahanah Hj Suhaili.
Di bahagian Kuching pula melibatkan usahawan dari bidang anyaman
bemban iaitu Puan Manoi ak Jarau dan Puan Senia ak Jugi serta Puan Roselyn Long Lah dalam bidang kraf manik.
Terima kasih kepada Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak yang banyak membantu sepanjang kami berada di sana. Semoga harapan untuk memperkenalkan usahawan kraf yang berbakat dapat di teruskan dan dibawa ke mata dunia.
ReplyDeleteboleh tak saya nak tahu serba sedikit tentang livan handicraft ?
ReplyDelete