LAWATAN KERJA YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATO SRI HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN, TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA
KE LONG BERUANG DAN LONG PELUAN, BARAM.
Sabtu, 25 Februari 2012 ; Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin , Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah melakukan lawatan kerja ke penempatan masyarakat Penan Long Beruang dan Long Peluan untuk Program Transformasi Desa di kawasan Parlimen Baram.
Turut hadir semasa lawatan kerja tersebut ialah Yang Berhormat Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Yang Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Alfred Jabu Anak Numpang, Timbalan Ketua Menteri Sarawak,Tan Sri William Mawan Ikom, Menteri di Kementerian Pembangunan Sosial Sarawak, Yang Berhormat Encik Dennis Ngau, Ahli Parlimen Telang Usan dan Datu Ose Murang, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Encik Antoneo Khati Gahlis, Residen Miri.
Lawatan ini adalah bertujuan untuk melawat Pusat Pembangunan Komuniti dan meninjau kemudahan kraf tangan, Tadika dan ICT di Long Beruang di samping penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) serta meninjau Tapak Semaian Getah Long Beruang dan merasmikan Projek Tenaga Solar Long Beruang.
Selesai sahaja penyampaian BR1M YAB Timbalan Perdana Menteri serta rombongan telah dibawa melawat ke bilik pameran hasil kraf tangan masyarakat Penan di Pusat Pembangunan Komuniti. YAB telah disambut oleh wakil Pengarah, Puan Salmi Hj Mohd. Isa dan beberapa anggota kerja Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak.
YAB turut berminat melihat aktiviti interaktif kraf batik lukis yang dilakukan oleh pelajar Sekolah Kebangsaan Long Banga. Seramai 13 orang murid dan 2 orang guru pengiring menyertai aktiviti tersebut yang ditunjuk ajar oleh Puan Hjh. Saptuyah Hj. Mohd. Edoon.
Perkampungan Mesyarakat Penan Long Beruang |
Pusat Pembangunan Komuniti Long Beruang |
No comments:
Post a Comment