Monday, December 3, 2012

EKSO BELI BARANGAN MALAYSIA 2012 - BINTANG MEGAMALL, MIRI



Miri, Sarawak – Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (PPDNKK) sekali lagi telah menganjurkan Ekspo Beli Barangan Malaysia 2012 pada 22 hingga 25 November 2012 bertempat di Bintang Megamall, Miri, Sarawak. Pihak Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak telah dijemput untuk menyertai aktiviti jualan di mana Kraftangan Malaysia merupakan salah satu agensi di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia (KPKK). Majlis ini telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Encik Lawrence Lai Yew Son, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri pada 22 November mulai pukul 2.30 petang.



Ekspo ini bertujuan membantu merancakkan pertumbuhan ekonomi negara di samping meningkatkan perbelanjaan domestik di kalangan masyarakat serta mempromosi dan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang produk tempatan yang variasi dan bermutu tinggi setanding dengan produk luar negara. 




6 usahawan kraf Sarawak dalam bidang hasil rimba, tekstil, logam dan seramik terlibat di mana usahawan memasarkan terus produk kraf kepada pengguna di samping mencari pasaran baru. Usahawan yang terlibat dalam ekspo ini :

Bil.
Nama Usahawan / Syarikat
Bidang Kraf
Produk Kraf
1
Malek Batik
Tekstil
Batik Painting
2
Noel Batik
Tekstil
Batik Painting
3
Johnny Barangan
Logam
Senjata Tradisional
4
Edmund Pawie
Hasil Rimba
Anyaman Rotan
5
Ros Handicraft
Aneka Kraf
Aksesoris Manik
6
Mirit Tai
Hasil Tanah
Manik Seramik



Usahawan yang dipilih adalah usahawan yang boleh berdikari dan dapat membiayai sendiri kos yang terlibat dalam promosi ini serta mereka juga berkemampuan untuk membuat perundingan bagi tempahan dan pengeluaran.






PROMOSI KRAF MALAYSIA 2012 - BOULEVARD SHOPPING MALL, KUCHING

Kuching, SarawakPerbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak telah mengadakan Promosi Kraf Malaysia 2012 yang bermula pada 8 hingga 18 November 2012 (11 hari) bertempat di Boulevard Shopping Mall, Kuching, Sarawak dengan kerjasama pengurusan pusat beli belah Boulevard Shopping Mall dan agensi KPKK iaitu Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sarawak (JKKNS). Promosi ini merupakan pertama kali diadakan di pusat beli belah yang terpilih di Sarawak selain promosi yang pernah diadakan di Kuching Waterfront, Kuching dan Miri Handicraft Centre, Miri dengan penyertaan usahawan seramai 14 usahawan dari negeri Sarawak.

Gambar atas dari kiri - Kraf Penan, Victoria's Enterprise & Peecraft
Gambar bawah dari kiri - WADESA, Olumis Enterprise & Belian Ironwood

Promosi Kraf Malaysia 2012 berteraskan konsep “Satu Malaysia” yang menerapkan nilai-nilai kebersamaan dan kekitaan dalam keluarga besar dengan mengetengahkan kepelbagaian produk kraf tempatan yang dihasilkan oleh pelbagai kaum di Malaysia termasuk masyarakat etnik Sabah dan Sarawak.


Acara pertandingan mewarna


Bertemakan “Beli Kraf Malaysia” ,kempen ini bertujuan menggalakkan masyarakat Malaysia dalam memakai dan menggunakan produk kraf buatan tempatan sebagai satu gaya hidup dan bagi menyemarakkan kembali cintakan seni warisan kraf tempatan di kalangan generasi muda.

Gambar atas dari kiri - Dabaru Enterprise, Rinda Craft & Borneo Oricraft Company
Gambar bawah dari kiri - Khailida Craft Enterprise & Tradelinks Management System

Selaras dengan Promosi Kraf Malaysia 2012 ini, beberapa aktiviti telah diadakan antaranya ialah jualan produk kraf, pendidikan secara interaktif dan persembahan kesenian serta aktiviti sokongan seperti pertandingan karaoke dan pertandingan mewarna.

Acara persembahan kebudayaan oleh agensi KPKK, Jabatan Kesenian & Kebudayaan Negeri Sarawak (JKKNS)

14 usahawan kraf Sarawak dalam bidang hasil rimba, tekstil, hasil tanah dan aneka kraf terlibat di mana usahawan memasarkan terus produk kraf kepada pengguna di samping mencari pasaran baru. Usahawan yang terlibat dalam promosi ini :


Bil.


Nama Usahawan / Syarikat

Bidang Kraf

Produk Jualan
1
Sandora Craft Collection
Tekstil
(Batik)
Pakaian siap
2
Borneo Oricraft Company
Tekstil
(Pua)
Hiasan & kelengkapan
3
Bangi Embol
Tekstil
(Pua)
Hiasan & kelengkapan
4
Johiam Jitui
Tekstil
(Jahitan)
Pakaian siap
5
Belian Ironwood
Hasil Rimba
(Kayu)
Kayu hanyut
6
Imor Handicraft
Hasil Rimba
(Rotan)
Anyaman rotan
7
Kop. Kraftangan Abit Serian
Hasil Rimba
(Rotan)
Anyaman rotan
8
B-Jang Creative Art & Craft
Hasil Rimba
(Pelbagai)
Hadiah & cenderamata
9
Victoria Enterprise
Hasil Tanah
(Kaca/Kristal)
Perhiasan diri
10
Tradelinks Management System
Hasil Tanah
(Seramik)
Perhiasan diri
11
Dabaru Enterprise
Aneka Kraf
(Aksesoris)
Perhiasan diri
12
Olumis Enterprise
Aneka Kraf
(Aksesoris)
Perhiasan diri
13
Rinda Craft
Aneka Kraf
(Aksesoris)
Perhiasan diri
14
Peecraft
Aneka Kraf
(Aksesoris)
Perhiasan diri

Pertandingan karaoke "Bintang Suara Emas" yang dikendalikan oleh pihak JKKNS
Juri & pengacara pertandingan karaoke oleh pihak JKKNS
Pendidikan secara interaktif
Pemandangan sekitar aktiviti yang berlangsung di Boulevard Shopping Mall

Peserta kanak-kanak yang bertanding dalam pertandingan mewarna

Kehebatan peserta ini menyumbangkan lagu dalam pertandingan karaoke ini
Pemandangan sekitar booth jualan usahawan

Sekitar para pengunjung di pusat beli belah ini mengunjungi booth usahawan kraf

Tuesday, October 16, 2012

PENDIDIKAN KRAF MEGA - "KRAF BERSAMA ANDA"

Sekali lagi Bahagian Pemuliharaan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak telah mengadakan siri PENDIDIKAN KRAF MEGA yang bertemakan "KRAF BERSAMA ANDA".

Siri Pendidikan kraf ini telah melibatkan 511 orang murid-murid Pasca UPSR 2012 dan guru-guru sekolah rendah. Sekolah-sekolah yang terlibat adalah seperti berikut;

i.     3 Oktober 2012 (Rabu)      -  SK Gita 2 ( 110 murid dan Guru)
ii.    4 Oktober 2012 (Khamis)  -  SK Rakyat Haji Bolhassan (80 murid dan Guru)
iii.   9 Oktober 2012 (Selasa)   -  SK Rakyat Tupong (79 murid dan Guru)
iv. 11 Oktober 2012 (Khamis)  -  SK Buntal (75 murid dan Guru)
v.  16 Oktober 2012 (Selasa)   -  SK Encik Buyong (167 murid dan Guru)

Matlamat utama aktiviti ini adalah memberi  kesedaran dan keyakinan diri murid-murid terhadap seni kreatif . Melalui program ini pelajar-pelajar telah diberi taklimat mengenai KRAFTANGAN MALAYSIA serta berpeluang mengalami dan membuat sendiri kraf yang diajarkan.

Program ini telah menarik minat dan merupakan pengalaman baru  kepada semua pelajar di samping menanam rasa cinta terhadap seni warisan bangsa yang menjadi lambang jati diri ke arah memertabatkan kraf kita.

SK GITA 2
 
SK GITA 2

SK RAKYAT HAJI BOLHASSAN


SK RAKYAT HAJI BOLHASSAN

SK RAKYAT TUPONG

SK RAKYAT TUPONG


SK BUNTAL

SK BUNTAL


SK ENCIK BUYONG

SK ENCIK BUYONG
 
SK ENCIK BUYONG
 
SK ENCIK BUYONG

Monday, October 1, 2012

MAJLIS PERASMIAN ISEND-WEFT 2012

27 September 2012 (Khamis) : Majlis Perasmian ISEN-WEFT 2012 telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Maglin D' Cruz, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan Malaysia mewakili Yang Berhormat Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan Malaysia. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Yang Berhormat Puan Hajah Nancy Shukri, Yang Berbahagia Encik Mohd. Kamil bin Mohd. Ali, Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia dan Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Pusat dan Negeri.


Dari kiri YBhg. Encik  Mohd. Kamil Mohd. Ali, Ketua Pengarah PKKM, YB Sanator Datuk Maglin D'Cruz Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi & Kebudayaan Malaysia dan Encik Edric Ong.

Dari kiri Encik Edric Ong YBhg. Datin Margaret A. Joseph Fernandz, YB Sanator Datuk Maglin D'Cruz Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi & Kebudayaan Malaysia, YB Puan Hajah Nancy Shukri dan YBhg. Encik Mohd. Kamil Mohd. Ali,
Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 

Jemputan yang hadir

Penyampaian cenderamata oleh YB Puan Hajah Nancy Shukri kepada YB Sanator Datuk Maglin D'Cruz Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi & Kebudayaan Malaysia 

Lawatan ke tapak pameran
 
 

"PILOT" MENGAKHIRI TUGASNYA

1 Oktober 2012 (Isnin) : Pada 28 September 2012 berakhirlah khidmat seorang 'pilot' di PKKM Cawangan Sarawak. Sumbangan beliau dengan PKKM Cawangan Sarawak amat dihargai.

Sdr. Alok Aeong
 
Sdr. Alok Aeong memberi kata-kata aluan diakhir perkhidmatannya

Penyampaian cenderamata oleh Pengarah, Encik Sahaimi Abdul Manaf

Berakhirnya khidmat seorang 'pilot' dengan PKKMCS


Monday, September 24, 2012

UNESCO AWARD OF EXCELLANCE for HANDICRAFT

Selasa, 25 September 2012. Hari ini merupakan hari ketiga para juri membuat penilaian produk-produk dan telah selesai menilai produk-produk dari South-East Asia (Malaysia, Indonesia, Cambodia, Thailand dan Laos). Para juri melakukan kerja-kerja mereka dengan tekun, amanah dan bertanggungjawab bagi mempastikan produk-produk yang diterima menepati penilaian untuk mendapat pengiktirafan UNESCO Award Of Excellance For Handictarf seperti gambar-gambar disertakan.



Prof. Dato' Mohamed Najib dan Mrs. Manjari Nirula sedang berbincang
 
Mrs. Anne Sutherland (Canada) dan Mrs. Judith Chung (Singapore) meneliti produk yang dinilai
  
YM Datin Peduka Fauziah Raja Tun Uda (tengah) mengenakan pakaian yang dinilai


Mrs. Surapee Rojanavongse (Thailand) meneliti produk yang dinilai
 
Mr. Edric Ong (tengah) sedang menerangkan produk yang dinilai

Mr. Galen Hogen (Singapore) dan Mrs. Anne Sutherland (Canada) sedang berbincang
 
Prof. Dato' Mohamamed Najib (Malaysia) dan Mrs. Manjari Nirula (India) 

Mrs. Dr. Ghada Hijjwi Ghadumi (Kuwait-pemerhati) dan juri Mrs. Dinara Chuchonbaeva (Kyrgistan)
 
Mrs. Surapee Rojanavongse (Thailand)

Mrs. Judith Chung (Singapore) meneliti produk

Mrs. Ghada Hijjwi Ghadumi (Kuwait)

Mrs. Hesti Indah Kresnarini (Indonesia-pemerhati) dan Mrs. Dinara Chuchonbaeva (Kyrgistan) sedang berbincang porduk yang dinilai

Mrs. Manjari Nirula (India) menerangkan pandangan beliau mengenai produk yang dinilai
 
Mrs. Anne Sutherland (Canada), Mrs. Surapee Rojanavongse (Thailand) dan Mrs. Judith Chung (Singapore) berbincang produk yang dinilai


Ms. Vanessa Achilles (Thailand-Fesilitator) turut mencuba produk yang dinilai

Mrs. Surapee Rojanavongse (Thailand) turut mencuba produk yang dinilai

Mrs. Judith Chung (Singapore) meneliti produk yang dinilai