Monday, December 3, 2012

PROMOSI KRAF MALAYSIA 2012 - BOULEVARD SHOPPING MALL, KUCHING

Kuching, SarawakPerbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak telah mengadakan Promosi Kraf Malaysia 2012 yang bermula pada 8 hingga 18 November 2012 (11 hari) bertempat di Boulevard Shopping Mall, Kuching, Sarawak dengan kerjasama pengurusan pusat beli belah Boulevard Shopping Mall dan agensi KPKK iaitu Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sarawak (JKKNS). Promosi ini merupakan pertama kali diadakan di pusat beli belah yang terpilih di Sarawak selain promosi yang pernah diadakan di Kuching Waterfront, Kuching dan Miri Handicraft Centre, Miri dengan penyertaan usahawan seramai 14 usahawan dari negeri Sarawak.

Gambar atas dari kiri - Kraf Penan, Victoria's Enterprise & Peecraft
Gambar bawah dari kiri - WADESA, Olumis Enterprise & Belian Ironwood

Promosi Kraf Malaysia 2012 berteraskan konsep “Satu Malaysia” yang menerapkan nilai-nilai kebersamaan dan kekitaan dalam keluarga besar dengan mengetengahkan kepelbagaian produk kraf tempatan yang dihasilkan oleh pelbagai kaum di Malaysia termasuk masyarakat etnik Sabah dan Sarawak.


Acara pertandingan mewarna


Bertemakan “Beli Kraf Malaysia” ,kempen ini bertujuan menggalakkan masyarakat Malaysia dalam memakai dan menggunakan produk kraf buatan tempatan sebagai satu gaya hidup dan bagi menyemarakkan kembali cintakan seni warisan kraf tempatan di kalangan generasi muda.

Gambar atas dari kiri - Dabaru Enterprise, Rinda Craft & Borneo Oricraft Company
Gambar bawah dari kiri - Khailida Craft Enterprise & Tradelinks Management System

Selaras dengan Promosi Kraf Malaysia 2012 ini, beberapa aktiviti telah diadakan antaranya ialah jualan produk kraf, pendidikan secara interaktif dan persembahan kesenian serta aktiviti sokongan seperti pertandingan karaoke dan pertandingan mewarna.

Acara persembahan kebudayaan oleh agensi KPKK, Jabatan Kesenian & Kebudayaan Negeri Sarawak (JKKNS)

14 usahawan kraf Sarawak dalam bidang hasil rimba, tekstil, hasil tanah dan aneka kraf terlibat di mana usahawan memasarkan terus produk kraf kepada pengguna di samping mencari pasaran baru. Usahawan yang terlibat dalam promosi ini :


Bil.


Nama Usahawan / Syarikat

Bidang Kraf

Produk Jualan
1
Sandora Craft Collection
Tekstil
(Batik)
Pakaian siap
2
Borneo Oricraft Company
Tekstil
(Pua)
Hiasan & kelengkapan
3
Bangi Embol
Tekstil
(Pua)
Hiasan & kelengkapan
4
Johiam Jitui
Tekstil
(Jahitan)
Pakaian siap
5
Belian Ironwood
Hasil Rimba
(Kayu)
Kayu hanyut
6
Imor Handicraft
Hasil Rimba
(Rotan)
Anyaman rotan
7
Kop. Kraftangan Abit Serian
Hasil Rimba
(Rotan)
Anyaman rotan
8
B-Jang Creative Art & Craft
Hasil Rimba
(Pelbagai)
Hadiah & cenderamata
9
Victoria Enterprise
Hasil Tanah
(Kaca/Kristal)
Perhiasan diri
10
Tradelinks Management System
Hasil Tanah
(Seramik)
Perhiasan diri
11
Dabaru Enterprise
Aneka Kraf
(Aksesoris)
Perhiasan diri
12
Olumis Enterprise
Aneka Kraf
(Aksesoris)
Perhiasan diri
13
Rinda Craft
Aneka Kraf
(Aksesoris)
Perhiasan diri
14
Peecraft
Aneka Kraf
(Aksesoris)
Perhiasan diri

Pertandingan karaoke "Bintang Suara Emas" yang dikendalikan oleh pihak JKKNS
Juri & pengacara pertandingan karaoke oleh pihak JKKNS
Pendidikan secara interaktif
Pemandangan sekitar aktiviti yang berlangsung di Boulevard Shopping Mall

Peserta kanak-kanak yang bertanding dalam pertandingan mewarna

Kehebatan peserta ini menyumbangkan lagu dalam pertandingan karaoke ini
Pemandangan sekitar booth jualan usahawan

Sekitar para pengunjung di pusat beli belah ini mengunjungi booth usahawan kraf

No comments:

Post a Comment