Tuesday, October 16, 2012

PENDIDIKAN KRAF MEGA - "KRAF BERSAMA ANDA"

Sekali lagi Bahagian Pemuliharaan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak telah mengadakan siri PENDIDIKAN KRAF MEGA yang bertemakan "KRAF BERSAMA ANDA".

Siri Pendidikan kraf ini telah melibatkan 511 orang murid-murid Pasca UPSR 2012 dan guru-guru sekolah rendah. Sekolah-sekolah yang terlibat adalah seperti berikut;

i.     3 Oktober 2012 (Rabu)      -  SK Gita 2 ( 110 murid dan Guru)
ii.    4 Oktober 2012 (Khamis)  -  SK Rakyat Haji Bolhassan (80 murid dan Guru)
iii.   9 Oktober 2012 (Selasa)   -  SK Rakyat Tupong (79 murid dan Guru)
iv. 11 Oktober 2012 (Khamis)  -  SK Buntal (75 murid dan Guru)
v.  16 Oktober 2012 (Selasa)   -  SK Encik Buyong (167 murid dan Guru)

Matlamat utama aktiviti ini adalah memberi  kesedaran dan keyakinan diri murid-murid terhadap seni kreatif . Melalui program ini pelajar-pelajar telah diberi taklimat mengenai KRAFTANGAN MALAYSIA serta berpeluang mengalami dan membuat sendiri kraf yang diajarkan.

Program ini telah menarik minat dan merupakan pengalaman baru  kepada semua pelajar di samping menanam rasa cinta terhadap seni warisan bangsa yang menjadi lambang jati diri ke arah memertabatkan kraf kita.

SK GITA 2
 
SK GITA 2

SK RAKYAT HAJI BOLHASSAN


SK RAKYAT HAJI BOLHASSAN

SK RAKYAT TUPONG

SK RAKYAT TUPONG


SK BUNTAL

SK BUNTAL


SK ENCIK BUYONG

SK ENCIK BUYONG
 
SK ENCIK BUYONG
 
SK ENCIK BUYONG

No comments:

Post a Comment