Monday, April 18, 2011

PENDIDIKAN KRAF BATIK CANTING

Bahagian Pemuliharaan KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak telah mengadakan Pendidikan Kraf Batik Canting untuk pelajar-pelajar Maktab Rendah Sains Mara, Kuching pada 9 April 2011 (Sabtu) bertempat di premis KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak.

Seramai 14 orang pelajar yang diiringi oleh Cikgu Monaliza bt. Johnwayne telah menyertai aktiviti ini. Pendidikan Kraf telah ditunjuk ajar oleh Puan Hajah Saptuyah Mohd. Edon.

Program ini dirancang akan diadakan setiap bulan yang mana akan melibatkan pelajar-pelajar yang sama. Pelajar-pelajar akan didedahkan dengan gerak kerja asas membatik pada awal pembelajaran. Bulan kedua dan ketiga gerak kerja untuk menyiapkan produk hiasan dinding akan dilaksanakan.

Aktiviti ini akan memberi impak yang baik kepada pelajar kerana pelajar-pelajar boleh menjadikan pembelajaran yang diterima sebagai satu hobby yang amat berguna. Hhb…


Pelajar-pelajar melakukan asas mencanting

Pelajar-pelajar melakukan asas-asas mewarna

No comments:

Post a Comment