Sunday, July 17, 2011

KARNIVAL KPKK 2011

Perbadanan Kemanjuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak telah berjaya menganjurkan sukan di antara agensi di bawah KPKK pada 15 dan 16 Julai 2011. Sukan yang dipertandingkan adalah seperti berikut ;

SUKAN BOWLING - 27 pasukan yang melibatkan 87 orang anggota kerja di bawah KPKK termasuk 2 pasukan acara VIP telah menyertai pertandingan bowling. Pertandingan bowling telah diadakan di Crystal Bowl BDC, Kuching pada 15 Julai 2011. Pertandingan ini telah dimenangi oleh Penerangan Malaysia Team A dan diikuti oleh RTM Team B dan JKKN Sarawak Team B.

SUKAN BADMINTON  dan BOLA TAMPAR - 8 pasukan yang telah terlibat menyertai pertandingan badminton. Pertandingan ini telah diadakan di Dewan SESCO, Jalan Biawak, Kuching. Pertandingan ini telah dimenangi oleh RTM dan diikuti oleh FINAS/BERNAMA dan KRAFTANGAN MALAYSIA.

Manakala sukan bola tampar disertai oleh 8 pasukan. dimenangi oleh RTM dan diikuti oleh JASA dan KRAFTANGAN MALAYSIA.

Majlis perasmian telah dirasmikan oleh Pengarah Penerangan. Semua pengarah-pengarah di bawah agensi KPKK hadir pada majlis perasmian tersebut. Selepas perasmian pengarah serta peserta sukan dan penyokong telah melakukan Senam Seni sebelum sukan dijalankan.


                                    GAMBAR-GAMBAR PERTANDINGAN BOWLING


Balingan Perasmian telah dilakukan oleh Pengarah RTM dan Pengarah KRAFTANGAN MALAYSIA

Pengarah-pengarah yang turut hadir semasa pertandingan bowling diadakan


                Penyamiapan hadiah kepada pemenang  dan Sebahagian peserta yang menyertai pertandingan bowling

                             
                         GAMBAR-GAMBAR SUKAN BADMINTON DAN BOLA TAMPAR


Pengarah-pengarah yang hadi semasa Perasmian Sukan KPKK 2011
 
Ucapan Perasmian oleh Pengarah Penerangan Sarawak
  
Pengarah Penerangan diiringi oleh Pengarah KRAFTANGAN MALAYSIA menyampaikan skrol kepada pasukan yang terlibat
Senam Tari yang disertai oleh semua peserta yang terlibat



                                                                      Pertandingan bola tampar dan badminton yang sedang berlangsung



                                                                                 Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang

Sebahagian daripada anggota kerja KRAFTANGAN MALAYSIA yang telah memenangi tempat Ke-3 di dalam  acara badminton dan bloa tampar