Wednesday, November 19, 2014

PROMOSI KRAF MALAYSIA 2014 - BOULEVARD SHOPPING MALL



Kuching, Sarawak – Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak dengan kerjasama pihak pengurusan pusat beli-belah Boulevard Shopping Mall akan menganjurkan Promosi Kraf Malaysia 2014 yang bermula pada 21 sehingga 30 November 2014 selama 10 hari.

Promosi Kraf Malaysia 2014 ini diadakan di Boulevard Shopping Mall, Kuching bermula dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Promosi yang bertemakan “Beli Kraf Malaysia” ini melibatkan penyertaan seramai lebih 38 penyertaan usahawan yang terdiri dari bidang kraf tekstil, logam, hasil tanah, hasil rimba dan aneka kraf.

Terdapat pelbagai jualan kraf dari pelbagai bidang kraf dihasilkan oleh usahawan tempatan serta dari luar Sarawak dan pelbagai aktiviti kebudayaan disediakan kepada pengunjung yang hadir.

Orang ramai adalah dijemput hadir bagi memeriahkan lagi Promosi Kraf Malaysia 2014 di Boulevard Shopping Mall.

"JOM BERAMBEH KITAK ORANG KE PROMOSI KRAF MALAYSIA 2014"

Wednesday, October 22, 2014

PROMOSI KRAF DI PUSAT BELI-BELAH BINTANG MEGAMALL, MIRI


Miri, Sarawak – Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak dengan kerjasama pihak pengurusan pusat beli-belah Bintang Megamall akan menganjurkan Promosi Kraf Malaysia 2014 yang bermula pada 24 Oktober sehingga 2 November 2014 selama 10 hari.

Promosi Kraf Malaysia 2014 ini diadakan di Bintang Megamall, Miri bermula dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Promosi yang bertemakan “Beli Kraf Malaysia” ini melibatkan penyertaan seramai lebih 64 penyertaan usahawan yang terdiri dari bidang kraf tekstil, logam, hasil tanah, hasil rimba dan aneka kraf.

Orang ramai adalah dijemput hadir bagi memeriahkan lagi Promosi Kraf Malaysia 2014 di Bintang Megamall.

Friday, June 6, 2014

PROMOSI KRAF MALAYSIA 2014 - MIRI HANDICRAFT CENTRE


Miri, Sarawak – Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak dengan kerjasama Majlis Bandaraya Miri dan Unit Pembangunan Usahawan Bumiputera (UPUB), Jabatan Ketua Menteri telah mengadakan Promosi Kraf Malaysia 2014 Peringkat Negeri Sarawak bertempat di Miri Handicraft Centre, Miri, Sarawak bermula pada 16 hingga 25 Mei 2014 dengan penyertaan usahawan seramai 86 usahawan dari Sarawak, Kelantan, Selangor dan Melaka bersempena dengan acara tahunan sambutan Hari Bandaraya Miri pada 20 Mei 2014.

Pelbagai aktiviti yang dirancang telah diadakan sepanjang 10 hari di Miri Handicraft Centre
Untuk makluman anda semua, bulan Mei merupakan bulan sambutan ulang tahun Bandaraya Miri yang ke 9 dan sempena sambutan tersebut, beberapa aktiviti dan acara telah dirancang oleh pihak Majlis Bandaraya Miri bagi memeriahkan sambutan. Bulan Mei juga merupakan bulan untuk masyarakat Iban membuat persiapan dan membeli-belah untuk perayaan Gawai. Untuk makluman, masyarakat Iban merupakan masyarakat kedua terbesar di Miri. Majlis Bandaraya Miri juga telah mempromosikan sambutan tersebut di Sabah dan Brunei.

Aktiviti pendidikan kraf dan interaktif kraf yang diadakan sempena promosi ini
Bertemakan “Beli Kraf Malaysia” ,kempen ini bertujuan menggalakkan masyarakat Malaysia dalam memakai dan menggunakan produk kraf buatan tempatan sebagai satu gaya hidup dan bagi menyemarakkan kembali cintakan seni warisan kraf tempatan di kalangan generasi muda.

Majlis Perasmian disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Naroden bin Haji Majais, Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Pembangunan Usahawan) & Menteri Muda Perancangan Sumber pada 19 Mei 2014 (Isnin), jam 3.00 petang bertempat di Dewan Miri Handicraft Centre, Miri
Pelbagai aktiviti telah diadakan bagi memeriahkan lagi promosi ini seperti pelbagai jualan kraf seperti tekstil, hasil rimba, hasil tanah, logam dan aneka kraf serta jualan makanan dibawah kelola Unit Pembangunan Usahawan Sarawak (UPUB) Jabatan Ketua Menteri. Selain itu, demonstrasi kraf juga diadakan dalam promosi ini bagi melihat sendiri pembuatan kraf dilakukan secara terus kepada pengunjung yang mengunjungi promosi ini seperti pembuatan kraf kaca (stainless steel) dari Kuching, pembuatan kraf songkok dari Kuching dan pembuatan tikar bemban dari Lawas.
 
Lawatan rasmi ke tapak jualan promosi oleh Yang Berhormat Datuk Haji Naroden bin Haji Majais, Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Pembangunan Usahawan) & Menteri Muda Perancangan Sumber

Tidak lupa kepada aktiviti pendidikan kraf juga diadakan untuk memberi pendedahan dan mengetahui bagaimana untuk menghasilkan kraf secara terus menerusi aktiviti ini sempena Promosi Kraf Malaysia 2014 seperti mencanting dan mewarna batik, menganyam buluh serta sulaman manik.

Pelbagai produk kraf yang dihasilkan oleh usahawan-usahawan kraf tempatan khususnya dari negeri Sarawak
Persembahan kebudayaan juga diadakan di sebelah malam bagi menghiburkan para pengunjung yang hadir ke promosi ini dan menerusi aktiviti ini kita juga dapat menyaksi dan mengenali lebih dekat seni warisan kebudayaan dari Miri ini amnya. Persembahan kebudayaan ini bermula jam 8.30 malam sepanjang promosi ini berlangsung.

Penglibatan bersama oleh usahawan-usahawan makanan dan lain-lain yang dikelola oleh Unit Pembangunan Usahawan Bumiputera (UPUB) Jabatan Ketua Menteri
Aktiviti pendidikan kraf yang dijalankan mendapat perhatian dari sekolah, badan-badan NGO serta pengunjung yang hadir sempena promosi ini
Aktiviti persembahan kebudayaan di sebelah malam memberi kemeriahan serta menarik perhatian pengunjung yang hadir

Monday, March 3, 2014

LAWATAN SUSULAN SEMPENA HKK 2014

Sempena Hari Kraf Kebangsaan yang akan diadakan pada 26 Februari sehingga 10 Mac 2014, sekali lagi anggota krafangan mengadakan lawatan susulan pada tarikh 20 hingga 22 Febuari 2014 di bahagian Lacau, Serikei serta Kuala Rejang, Sibu dan Dalat.

                                 
Di samping lawatan susulan, kita turut memberi penerangan berkenaan HKK 2014, membuat tempahan rekaan baru, mengambil tempahan serta mengenalpasti usahawan- usahawan baru yang berpotensi untuk diketengahkan. Selain itu, perbincangan turut diadakan dengan setiausaha kerja wakil rakya(NGO) untuk bantuan mengumpul pembuat kraf bagi tujuan mengadakan aktiviti-aktiviti kraftangan.
Kakitangan yang terlibat adalah;
i. On Bin Hj Marzuki
ii. Zaidi Bin Mat
iii. Tony Rantai
iv. Aris Bin Hj Bakri (Pemandu)

Hasil dari lawatan, didapati bahan mentah seperti rotan amat berkurangan dan jarak yang terlalu jauh sekiranya ingin membuatpembelian.




Rentetan Lawatan Susulan (Gambar-Gambar Berkaitan)


Usahawan  di Lacau,Seri Aman


SDSI Songket Kuala Rejang Mukah






                  Usahawan baru pembuat patong kayu belian 




Friday, February 28, 2014

PROGRAM BIMBINGAN TEKNIKAL(BT) PEWARNAAN BILAH ROTAN


Pada tarikh 5 hingga 8 Februari 2014, seramai tiga(3) orang kakitangan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM) Cawangan Sarawak dan dua (2) orang kakitangan Jabatan Ketua Menteri Sarawak telah menjalankan BT Pewarnaan Bilah Rotan selama 4 hari di Long Lamai, Baram, Miri Sarawak. Perjalanan dari Lapangan Terbang Miri ke Long Lamai adalah selama 12 jam menggunakan kenderaan pacuan empat roda. 

Kakitangan terlibat (PKKM)
      i. On Marzuki
     ii. Arabi Iri
    iii. Tony Rantai

Kakitangan Jabatan Ketua Menteri
      i.  Antony
     ii. Dawat 

Seramai 20 peserta dari kaum Penan telah mengikuti BT tersebut. Tujuannya adalah untuk memperkenalkan penggunaan berbagai warna pada produk siap selain warna-warna asli.

Aktiviti:

       a.    Mengajar tentang pemilihan bilah rotan
       b.    Mengajar cara mewarna rotan menggunakan warna moden dengan sukatan yang betul.
       c.    Membuat tempahan produk anyaman yang telah diwarnakan.
       d.    Menyampaikan bantuan peralatan merebus/warna dan bahan
       e.    Tinjauan pusat SRC
        f.     Mempelajari cara kaum Penan mewarna mengguna warna asli


Rentetan perjalanan BT (gambar-gambar berkaitan)

Selepas perjalanan darat perlu menaiki bot ke lokasi BT









Friday, February 21, 2014

LAWATAN SUSULAN SEMPENA HARI KRAF KEBANGSAAN(HKK) 2014


          Sekali lagi pada tarikh  28 hingga 29 Januari 2014, Pengarah Kraftangan Malaysia Caw. Sarawak, Encik Sahaimi Abd. Manaf bersama dua kakitangan iaitu Encik Haji On Haji Marzuki dan Encik Zaidi Mat telah ke  Bahagian Betong dan Sibu untuk mengadakan lawatan susulan dan tinjauan usahawan yang akan ke HKK 2014  disamping menghantar bantuan bahan mentah bagi aktiviti Operasi Pengeluaran(OP).

    Antara aktiviti yang dijalankan adalah memberi penerangan berkenaan HKK 2014  kerana kebanyakan usahawan adalah usahawan baru yang menyertai kraftangan dan HKK serta memerlukan tunjuk ajar di peringkat permulaan, mengenalpasti produk untuk jualan, membuat tempahan produk baru dan mengambil tempahan. Disamping itu, tinjauan ke Pusat Pembangunan Kraf Betong juga dilakukan(Projek pondok jaga).

          
    
Rentetan perjalanan BT (gambar-gambar berkaitan)













Thursday, February 13, 2014

TAKLIMAT PENGESAHAN PENYERTAAN USAHAWAN KRAF SARAWAK BAGI HARI KRAF KEBANGSAAN (HKK) 2014

Kuching, Sarawak – Pada 12 Februari 2014 (Rabu) bertempat di Bilik Mesyuarat PKKM Sarawak, pihak Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak melalui Unit Promosi telah mengadakan sesi taklimat pengesahan penyertaan usahawan kraf Sarawak bagi penyertaan Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2014 yang akan diadakan pada 26 Februari hingga 10 Mac 2014 (13 hari) bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay.


Sesi taklimat ini disempurnakan oleh Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak, Encik Sahaimi Abd Manaf dengan memberi kata-kata peransang dan ucapan tahniah kepada usahawan yang disahkan penyertaan untuk menyertai Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2014 ini.


Seramai 31 usahawan kraf Sarawak telah disahkan penyertaan dari Bah. Pasaran & Promosi Ibupejabat menyertai promosi yang kali ke dua belas (12) diadakan sejak tahun 2003. Program ini diadakan bagi memberi pengiktirafan kepada penglibatan dan sumbangan pengusaha dan penggiat seni kraf tempatan dalam membangunkan industri kraf negara.


Dalam sesi taklimat ini telah disampaikan oleh Ketua Unit Promosi & Pentadbiran, Puan Salmi Hj Mohd Isa dibantu oleh En Mohd Hafiz Mohd Hashim serta pegawai unit Rekaan & Usahawan yang lain.


Taklimat ini diadakan bagi memaklumkan kepada usahawan yang telah disahkan untuk menyertai promosi ini dan juga memberi sedikit makluman dan penerangan mengenai peraturan serta syarat-syarat semasa promosi ini berlangsung. Usahawan juga diminta bersedia dengan produk baru yang terbaik dan membuat persiapan awal yang sepatutnya untuk kali ini.

Berikut senarai usahawan kraf Sarawak yang menyertai Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2014 :


Antara coretan-coretan bergambar ketika taklimat :