Monday, August 23, 2010

GOTONG-ROYONG MEMASAK BUBUR LAMBOK

13 Ogos 2010, Jumaat : Kelab Sukan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak telah bersama-sama berganding bahu memasak bubur lambok. Bubur lambok telah diagihkan kepada semua anggota kerja yang hadir pada hari tersebut. Pengarah Kraftangan Negeri, Encik Sahaimi Abdul Manaf turut sama di dalam aktiviti ini.

Wednesday, August 11, 2010

PROMOSI KRAF MALAYSIA 2010

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak telah mengadakan Promosi Kraf Malaysia 2010 pada 24 Julai 2010 hingga 1 Ogos 2010 di Tebingan Sungai Kuching. Promosi ini telah berjaya  mencapai sasarannya dengan jualan dan tempahan produk kraf sebanyak RM 532,030.24

                    GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG PROMOSI KRAF MALAYSIA 2010

Sebahagian Usahawan Batik dari Kelantan yang menyertai Promosi Kraf Malaysia 2010 



 Sebahagian Usahawan dari Sarawak yang terlibat


Sebahagian daripada Sekolah-sekolah yang telah menyertai Pendidikan Kraf Batik Canting, Anyaman Rotan, Sulaman Manik, Anyaman Buluh dan Seramik sepanjang Promosi Kraf Malaysia 2010



Sebahagian daripada orang awam, Pertubuhan Wanita dan NGO's yang terlibat menyertai Interaktif Kraf Batik Canting, Sulaman Mani dan Anyaman Buluh sepanjang Promosi Kraf 2010


 
Turut diadakan Demonstrasi Kraf Pembuatan Manik Kaca, Pembuatan Songkok, Anyaman Rotan Masyarakat Penan dan Pembuatan Gendang Melayu







 Sebahagian daripada Persembahan Kebudayaan yang memariahkan Promosi Kraf Malaysia 2010


                                                Pameran Motosikal berkuasa tinggi turut diadakan 


 Lawatan oleh Yang Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu ak. Numpang,
Timbalan Ketua Menteri Sarawak pada 28 Julai 2010

Thursday, August 5, 2010

CERAMAH SARAWAKIANA DI PUSTAKA NEGERI SARAWAK

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak telah dijemput oleh Pustaka Negeri Sarawak untuk memberi ceramah Sarawakiana yang meliputi tajuk-tajuk ceramah berkaitan Kebudayaan dan Kesenian Sarawak. Ceramah yang disampaikan adalah bertajuk 'Anyaman Tikar Sarawak Dan Anyaman Tikar Bergerang' pada 29 Julai 2010 @ 1430 hingga 1630 petang di Bilik Seminar 1 & 2, Aras 1 Pustaka Negeri Sarawak.

Ceramah ini telah disampaikan oleh Encik Haironi Bin Haji Bohari (PPEE-Bahagian Pemuliharaan).

Seramai lebih kurang 80 orang peserta yang hadir, terdiri daripada wakil-wakil jabatan kerajaan, persatuan-persatuan budaya, Ngo's, aktivis budaya dan orang awam pada hari tersebut.

Encik Haironi Bin Haji Bohari sedang menyampaikan ceramah
Peserta yang menghadiri ceramah

Penyampaian cendramata oleh Encik Edison Ricket