Sunday, November 29, 2009

SAMBUTAN HARI KUALITI TAHUN 2009







KRAFTANGAN MALAYSIA yang diwakili oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak telah memenangi Anugerah Inovasi Terbaik sempena Sambutan hari Kualiti Tahun 2009 Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan (KPKK) yang telah diadakan di Komplek Kraf Kuala lumpur.

PKKM Cawangan Sarawak telah menerima Sijil Penghargaan Khas serta sebuah tropi yang telah disampaikan oleh Yang Berhormat Dato' Seri Dr. Rais Yatim.

PKKM Cawangan sarawak telah mempertandingkan Inovasi Peralatan Tenunan Pua yang merupakan projek di bawah Aktiviti Kajian Teknologi Bahagian Teknikal.

Sebanyak 18 Jabatan di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan (KPKK) telah mengadakan pameran Jabatan masing-masing.PKKM Cawangan Sarawak telah membuat demonstrasi penggunaan peralatan tenunan yang memenangi anugerah dan peralatan tradisional. Projek ini telah diketuai oleh Encik Azran bin Arip.

Selain daripada Anugerah Inovasi Terbaik KRAFTANGAN MALAYSIA juga telah memenangi 2 lagi kategori iaitu Anugerah Esei Terbaik dan Anugerah Pengurusan Kewangan dan Akaun Terbaik.

Wednesday, November 18, 2009

Inovasi Peralatan Tenunan Pua


RABU, 18 November 2009. PKKM Sarawak telah mengadakan pembentangan Inovasi Peralatan Tenunan Pua bagi penilaian untuk Pertandingan Kualiti Sempena Sambutan Hari Kualiti Tahun 2009 kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) – Inovasi terbaik. Dua orang panel penilai telah hadir di PKKM Cawangan Sarawak iaitu Tuan Haji Uzaimi bin Abdul Hamid dari Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan En. Chen Chwen Shin dari Istana Budaya untuk diperdengarkan dan diperlihatkan mengenai hasil projek inovasi berkenaan.



Pembentangan projek inovasi tersebut telah dibentangkan oleh En. Azran bin Arip selaku Pereka dan ketua kumpulan kerja bagi projek ini. Beliau telah membentangkan hasil kerja tersebut selama lebih kurang sejam dan ikuti dengan demontrasi bagi hasil tenunan bagi peralatan tradisional dan juga inovasi terbaru dalam penghasilan tenunan pua.


Encik Azran bin Arip selaku pembentang projek inovasi


Pembentangan yang diadakan juga turut disertai oleh ahli kumpulan projek inovasi tersebut iaitu En. Tony Rantai ak Roti, En. Zaidi bin Mat, Pn. Hasiah bt Haji Hashim, Pn Hajah Hapipah bt Haji Bujang, Pn Leha bt Suud dan Pn Siti Mashitah bt Abdullah. Majlis tersebut turut diserikan oleh Pegawai dari Bahagian Pemuliharaan Kraf iaitu Pn Salmi bin Haji Mohd Isa dan Encik Onn bin Marzuki dari Bahagian Pembangunan Usahawan.


Gambar-Gambar Sekitar Majlis Pembentangan Projek Inovasi Peralatan Tenunan Pua



Sesi demontrasi dimulakan dengan peralatan tradisional dalam penghasilan tenunan pua. Pn Hasiah bt Haji Hashim sebagai demontrator menunjukkan cara-cara konvensional yang dilakukan oleh orang-orang terdahulu dalam penghasilan tenunan pua. Sesi demontrasi ini telah dibantu oleh Pn. Hajah Hapipah bt Haji Bujang dan Pn Leha bt Suud.



Sedang tekun menumpukan perhatian dalam tenunan pua secara tradisional.


Peralatan tradisional dalam penghasilan tenunan pua. Tenunan pua adalah satu hasil kraf tekstil bagi masyarakat tradisi kaum iban di negeri Sarawak. Ianya dihasilkan dengan menggunakan peralatan yang diperbuat dari kayu yang dikenali sebagai backstrap loom.


Kedudukan penenun seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas adalah penenun dikehendaki duduk diatas lantai dalam keadaan posisi berlunjur. Kelihatan pelapik dibelakang penenun di panggil sebagai "sengkabit" (bahasa iban) akan disangkut dibahagian pinggang penenun yang diikat pada kayu alat tenunan pua. Ianya adalah untuk menegangkan benang yang hendak ditenun.


Alat Tenunan Pua Tradisional



Sesi berikutnya adalah demontrasi peralatan inovasi tenunan pua yang lebih moden iaitu ianya dapat meningkatkan pengeluaran tenunan pua dengan menekankan keselesaan melaksanakannya dan mencetus proses penghasilan yang lebih bersistematik. Peralatan yang dicipta ini adalah merupakan penambahbaikan dalam peralatan penghasilan tenunan pua tanpa mengubah proses-proses pembuatan yang asal.







Peralatan yang lebih mementingkan keselesaan ini dapat memberikan penenun berkeadaan duduk seperti diatas kerusi dan ini sudah tentu dapat memberikan keselesaan berbanding kaedah lama yang duduk melunjur diatas lantai.


Sesi taklimat demontrasi bagi peralatan tenunan pua yang lebih praktikal. Peralatan yang direka ini adalah lebih berfokuskan kepada pengurangan kos operasi di masa akan datang terutamanya dari aspek penggunaan peralatan dan kos beban kerja.



Sesi soal jawab di antara panel penilai.


Majlis bersurai pada pukul 12.00 tengahari. Terima kasih kepada pihak panel penilai dan kepada kakitangan yang terlibat dalam menjayakan pembentangan projek inovasi peralatan tenunan pua pada kali ini. Moga berjaya dan terpilih di peringkat seterusnya AMIN.

Tuesday, November 17, 2009

LAWATAN PELAJAR SK BUSO

Selasa, 17 November 2009; Seramai 30 puluh orang pelajar-pelajar bersama 5 orang guru pengiring daripada SK Buso, Jalan Kuching/Serian telah membuat lawatan ke KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak. Pelajar-pelajar telah dibawa melawat Geleri Kraf dan Usahawan Skim Inkubator Kraf.

Pelajar-pelajar SK Buso sedang membuat lawatan

BENGKEL SULAMAN KERINGKAM

Seramai 28 orang peserta yang terdiri daripada Pensyarah Maktab Perguruan Batu Lintang & anggota kerja (3 orang), pelajar UiTM (2 orang), Pensyarah Kolej Komuniti & Pelajar (3 orang), Penyelia & Pemaju KEMAS (7 orang), Ahli Biro Wanita Kuching Kampung Pinang (4 orang), Sekolah Seni Kuching (5 orang) dan orang perseorangan (4 orang).

Tenada pengajar adalah Cik Azyla bt Ademi, Cik Doris Hilda Rajie dan Puan Zainab bt Hj. Muhi.

Peserta-peserta akan berkampung di KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak selama 4 hari untuk menimba ilmu sulaman serta berusaha untuk menyiapkan sulaman yang diarahkan dari tenaga pengajar yang telah dilantik oleh KRAFTANGAN MALAYSIA.

Hari Pertama Bengkel Sulaman

Hari Kedua Bengkel Sulaman





Monday, November 16, 2009

BICARA KRAF WARISAN

Bersempena dengan Bengkel Sulaman Keringkam yang diadakan pada 16 - 19 November 2009 KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak telah mengadakan Bicara Kraf Warisan yang dihadiri oleh usahawan kraf, orang perseorangan, pensyarah UiTM, anggota kerja KEMAS, pensyarah Kolej Komuniti dan pelajar serta guru-guru dari Maktab Perguruan.

Ahli-ahli penel adalah terdiri dari Encik Azran Arip (Sulaman Keringkam Masyarakat Melayu Sarawak), Puan Rubyah Hj. Bojeng (Mengapakah Sulaman Keringkam Harus Dikekalkan) dan Encik Sharkawi Hj. Amit (Keringkam : Penggunaan Dan Pembudayaannya). Bicara Kraf Warisan di Pengerusikan oleh Encik Haironi bin Haji Bohari.
KRAFTANGAN MALAYSIA perlu mengambil dayausaha supaya dapat membukukan cara dan bagaimana sulaman keringkan ini dibuat di samping menambah-banyakkan lagi mereka-mereka yang mempelajari sulaman keringkam ini.

Peserta Bengkel Melawat Geleri Kraf
Ahli-Ahli Penel

Peserta Yang Menghadiri Bicara Kraf Warisan

Friday, November 13, 2009

BENGKEL SULAMAN KERINGKAM DAN BICARA KRAF WARISAN

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak akan menganjurkan Bengkel Sulaman Keringkam Dan Bicara Kraf Warisan pada 16 - 19 November 2009 di Bilik Kuliah KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak. Seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai agensi dan individu yang berminat seperti KEMAS, Sekolah Seni, Maktab Perguruan, Pensyarah UiTM, Kolej Komuniti dan pengusaha luar.
Tiga(3) orang pembentang kertas kerja iaitu Encik Azran b Arif dari KRAFTANGAN MALAYSIA, Puan Rubyah Hj. Bojeng dari SEDC dan Encik Sharkawi b Hj. Amit dari CAPERENA akan membicarakan tajuk mengenai pembangunan, pembuatan dan pembudayaan Sulaman Keringkam pada hari pertama. Hari kedua hingga empat, peserta akan melakukan gerakkerja disamping mencari permasalahan dan merasai sendiri serta boleh berinteraksi terus dengan tenaga pengajar sulaman keringkam tersebut.

Wednesday, November 11, 2009

PEMBANGUNAN PRODUK MASYARAKAT PENAN

Pada 29 Oktober hingga 1 November 2009 2(dua) orang anggota kerja KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak bersama-sama dengan rombongan daripada Pejabat Rasiden Miri, Telekom Malaysia Berhad Kuala Lumpur, Unit Perancang Negeri Wisma Bapa Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia Miri, telah membuat lawatan kerja ke penempatan masyarakat Penan di Long Beruang.

Lawatan ini adalah bertujuan untuk meninjau Dewan Serbaguna Kampung Long Beruang yang menyediakan ruang bengkel kraftangan, pusat sumber dan tadika.

Pengelibatan KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak adalah memberi tumpuan kepada pembangunan produk masyarakat Penan seperti pembuatan bakul-bakul rotan yang sediada.

Dewan Serbaguna Kampung Long Beruang

Perbincangan Pembangunan Produk Kraf Bersama Masyarakat Penan

Gambar Bersama Penduduk Kampung