Isnin, 2 November 2009; KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak dengan kerjasama Majlis Bandaraya Miri dan Sarawak Craft Council mengadakan Promosi Batik Dan Tenun 2009 di Pusat Kraftangan Miri pada 5 - 9 November 2009. Pelbagai aktiviti yang akan dijalankan seperti jualan kraf batik & tenunan, pelbagai kraf daripada Sarawak, pendidikan kraf, pertunjukan fesyen dan persembahan kebudayaan.
Promosi Batik Dan Tenun 2009 dijangka akan di rasmikan oleh YB Datuk Lee Kim Shin, Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Sarawak pada 7 November 2009.
Seramai 20 orang usahawan batik dari Kelantan, seorang dari Trengganu, seorang dari Sabah, seorang dari Kuala Lumpur dan 42 usahawan dari Sarawak (Miri dan Kuching) akan berkampung di Pusat Kraf Miri mempromosi dan menjual pelbagai hasil kraftangan. 14 orang anggota kerja dari KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak yang akan terlibat memantau dan menyelaras sepanjang progran ini dijalankan.
No comments:
Post a Comment