Wednesday, November 18, 2009

Inovasi Peralatan Tenunan Pua


RABU, 18 November 2009. PKKM Sarawak telah mengadakan pembentangan Inovasi Peralatan Tenunan Pua bagi penilaian untuk Pertandingan Kualiti Sempena Sambutan Hari Kualiti Tahun 2009 kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) – Inovasi terbaik. Dua orang panel penilai telah hadir di PKKM Cawangan Sarawak iaitu Tuan Haji Uzaimi bin Abdul Hamid dari Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan En. Chen Chwen Shin dari Istana Budaya untuk diperdengarkan dan diperlihatkan mengenai hasil projek inovasi berkenaan.



Pembentangan projek inovasi tersebut telah dibentangkan oleh En. Azran bin Arip selaku Pereka dan ketua kumpulan kerja bagi projek ini. Beliau telah membentangkan hasil kerja tersebut selama lebih kurang sejam dan ikuti dengan demontrasi bagi hasil tenunan bagi peralatan tradisional dan juga inovasi terbaru dalam penghasilan tenunan pua.


Encik Azran bin Arip selaku pembentang projek inovasi


Pembentangan yang diadakan juga turut disertai oleh ahli kumpulan projek inovasi tersebut iaitu En. Tony Rantai ak Roti, En. Zaidi bin Mat, Pn. Hasiah bt Haji Hashim, Pn Hajah Hapipah bt Haji Bujang, Pn Leha bt Suud dan Pn Siti Mashitah bt Abdullah. Majlis tersebut turut diserikan oleh Pegawai dari Bahagian Pemuliharaan Kraf iaitu Pn Salmi bin Haji Mohd Isa dan Encik Onn bin Marzuki dari Bahagian Pembangunan Usahawan.


Gambar-Gambar Sekitar Majlis Pembentangan Projek Inovasi Peralatan Tenunan Pua



Sesi demontrasi dimulakan dengan peralatan tradisional dalam penghasilan tenunan pua. Pn Hasiah bt Haji Hashim sebagai demontrator menunjukkan cara-cara konvensional yang dilakukan oleh orang-orang terdahulu dalam penghasilan tenunan pua. Sesi demontrasi ini telah dibantu oleh Pn. Hajah Hapipah bt Haji Bujang dan Pn Leha bt Suud.



Sedang tekun menumpukan perhatian dalam tenunan pua secara tradisional.


Peralatan tradisional dalam penghasilan tenunan pua. Tenunan pua adalah satu hasil kraf tekstil bagi masyarakat tradisi kaum iban di negeri Sarawak. Ianya dihasilkan dengan menggunakan peralatan yang diperbuat dari kayu yang dikenali sebagai backstrap loom.


Kedudukan penenun seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas adalah penenun dikehendaki duduk diatas lantai dalam keadaan posisi berlunjur. Kelihatan pelapik dibelakang penenun di panggil sebagai "sengkabit" (bahasa iban) akan disangkut dibahagian pinggang penenun yang diikat pada kayu alat tenunan pua. Ianya adalah untuk menegangkan benang yang hendak ditenun.


Alat Tenunan Pua Tradisional



Sesi berikutnya adalah demontrasi peralatan inovasi tenunan pua yang lebih moden iaitu ianya dapat meningkatkan pengeluaran tenunan pua dengan menekankan keselesaan melaksanakannya dan mencetus proses penghasilan yang lebih bersistematik. Peralatan yang dicipta ini adalah merupakan penambahbaikan dalam peralatan penghasilan tenunan pua tanpa mengubah proses-proses pembuatan yang asal.







Peralatan yang lebih mementingkan keselesaan ini dapat memberikan penenun berkeadaan duduk seperti diatas kerusi dan ini sudah tentu dapat memberikan keselesaan berbanding kaedah lama yang duduk melunjur diatas lantai.


Sesi taklimat demontrasi bagi peralatan tenunan pua yang lebih praktikal. Peralatan yang direka ini adalah lebih berfokuskan kepada pengurangan kos operasi di masa akan datang terutamanya dari aspek penggunaan peralatan dan kos beban kerja.



Sesi soal jawab di antara panel penilai.


Majlis bersurai pada pukul 12.00 tengahari. Terima kasih kepada pihak panel penilai dan kepada kakitangan yang terlibat dalam menjayakan pembentangan projek inovasi peralatan tenunan pua pada kali ini. Moga berjaya dan terpilih di peringkat seterusnya AMIN.

2 comments: