Monday, November 29, 2010

BENGKEL PENYEDIAAN FAIL MEJA (FM) DAN MANUAL PROSEDUR KERJA (MPK)

Semua angota kerja Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak telah mengikuti Bengkel Penyediaan Fail Meja (FM) dan Manual Prosedur Kerja (MPK) pada 24 November hingga 26 November 2010 bertempat di PKKMCS.

Bengkel ini telah dikendalikan oleh Encik Mohd. Tahir bin Abd. Kapi. Semua anggota kerja telah memberi komitment mereka di dalam bengkel ini.

                                                 GAMBAR-GAMBAR YANG BERKAITAN

Gambar (i) Semua anggota kerja terlibat di dalam Bengkel Penyediaan FM dan PK. Gambar (ii) Encik Mohd. Tahir (tengah) sedang berbincang dengan anggota kerja


                                   Anggota kerja sedang membuat Fail Meja (FM) seperti yang diarahkan.

                                    Sessi bergambar semua anggota kerja PKKMCS bersama Pengarah dan Peceramah

Friday, November 26, 2010

LAWATAN PENIALAI ANUGERAH INOVASI KPKK 2010

Jumaat, 12 November 2010 ; Dua orang penilai Pertandingan Inovasi Terbaik Hari Kualiti Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan 2010 iaitu Encik Abu Hassan Lebai Ahmad dan Encik Chen Chwen Shin telah membuat lawatan ke PKKMCS untuk membuat penilaian 'JANGAT' yang telah dipertandingkan bagi Inovasi ini.

Perbentangan inovasi telah dibentangkan oleh Puan Salmi bt. Mohd Isa dan dibantu oleh Encik Zaidi b Mat.

                                             GAMBAR-GAMBAR YANG BERKAITAN


Gambar (i) Dari kiri Encik Abu Hassan Lebai Ahmad dan Encik Chen Chwen Shin sedagn mendengar penerangan. Gambar (ii) Penel penilai sedang melihat demonstrasi 'JANGAT'


 Gambar (i) Penel penilai sedang melihat hasil produk bemban. Gambar (ii) Demonstrasi menggunakan 'JANGAT'

PROGRAM RIADAH 1MALAYSIA

Semua anggota kerja PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK telah menyertai Program Riadah 1Malaysia Jabatan / Agensi Persekutuan Sarawak 2010 di Padang Jublee, Kuching, pada 21 Oktober 2010 (Sabtu).

Setiap agensi telah diarahkan untuk menganjurkan satu aktiviti sukan / permainan rakyat. KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak telah menganjurkan pertandingan Congkak, terbuka kepada sesiapa sahaja yang datang pada hari tersebut.

Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan, Menteri Pembagunan Sumber Sarawak.

                                                  GAMBAR-GAMBAR YANG BERKAITAN

Gambar (i) YB Menteri (tiga dari kiri) melakukan senaman dan Gambar (ii) Sebahagian anggota kerja PKKMCS


Gambar (i) Pengarah PKKMCS dan YB Menteri sedang bermain congkak. Gambar (ii) Peserta yang terlibat di dalam pertandingan Congkak 
Sebahagia anggota kerja yang menyertai sukaneka