Wednesday, November 19, 2014

PROMOSI KRAF MALAYSIA 2014 - BOULEVARD SHOPPING MALL



Kuching, Sarawak – Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak dengan kerjasama pihak pengurusan pusat beli-belah Boulevard Shopping Mall akan menganjurkan Promosi Kraf Malaysia 2014 yang bermula pada 21 sehingga 30 November 2014 selama 10 hari.

Promosi Kraf Malaysia 2014 ini diadakan di Boulevard Shopping Mall, Kuching bermula dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Promosi yang bertemakan “Beli Kraf Malaysia” ini melibatkan penyertaan seramai lebih 38 penyertaan usahawan yang terdiri dari bidang kraf tekstil, logam, hasil tanah, hasil rimba dan aneka kraf.

Terdapat pelbagai jualan kraf dari pelbagai bidang kraf dihasilkan oleh usahawan tempatan serta dari luar Sarawak dan pelbagai aktiviti kebudayaan disediakan kepada pengunjung yang hadir.

Orang ramai adalah dijemput hadir bagi memeriahkan lagi Promosi Kraf Malaysia 2014 di Boulevard Shopping Mall.

"JOM BERAMBEH KITAK ORANG KE PROMOSI KRAF MALAYSIA 2014"