LONG
BERUANG, ULU BARAM
Perjalanan mengambil masa 1 jam menaiki kapal terbang dari Kuching
ke Miri atau menggunakan pengangkutan darat selama 13 jam perjalanan. Kemudian menaiki kenderaan 4X4 selama
10 jam dari Miri ke Long Beruang amat memenatkan. Di tambah pula dengan pelbagai cabaran dan rintangan yang perlu ditempuhi sepanjang perjalanan seperti kenderaan rosak, jalan terputus
dan sebagainya.
Antara cabaran yang ditempuh semasa perjalanan |
Makan
dan minum terpaksa masak sendiri kerana tiada kedai atau restoran makanan
halal. Membawa bekalan makanan daripada Miri adalah jalan yang paling senang
dan murah kerana apabila membeli barang di Long Beruang harganya meningkat 1
kali ganda. Gas memasak iaitu minyak murah kerana ada subsidi daripada kerajaan.
Bekalan tenaga elektrik dibekalkan secara percuma dengan menggunakan tenaga
solar.
Majoriti
penduduk di sini adalah kaum Penan. Produk kraf yang di hasilkan di sini adalah
anyaman rotan. Terdapat
30 keluarga yang menduduki kampung tersebut manakala pekerjaan utama adalah
membuat produk kraf, menangkap ikan dan bertani.
No comments:
Post a Comment